tojoh | [t.dZh] | kata kerja | tikam, jolok, cucuk; tojah. | Awat hang tojoh budak tu, nanti luka hang juga susah. | [A.wAt hAN t.dZh bu.dA/ tu nAn.ti lu.kA hAN dZu.gA/ su.sAh] | Mengapa engkau cucuk budak itu, kalau dia luka engkau juga yang susah. |
rojoh | [Ò.dZh] | kata kerja | 1. menjolok, merodok, menikam dengan kasar. | Dia rojoh buah pelam tu pasai pokok dia tinggi. | [di.jA Ò.dZh bu.wAh p«.lAm tu pA.sAj p.k/ di.jA tiN.gi] | Dia jolok buah mangga itu kerana pokoknya tinggi. |
keloloh | [k«.l.lh] | kata adjektif | tidak senonoh, kurang sopan; kelolo. | Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot. | [k«.l.lh suN.goh bu.dA/ tu d«.pAn ki.tA di.jA bu.leh k«n.tot] | Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin. |
dahoq | [dA.hâÖ] | kata adjektif | terlalu ingin kepada hak orang lain, tamak. | Dia tu dahoq sunggoh, semua hak orang dia mau. | [di.jA tu dA.hâÖ suN.goh s«.mu.wA hA/ .ÒAN di.jA mAw] | Dia itu tamak sungguh, semua milik orang hendak dibolotnya. |
meloh | [m«.lh] | kata kerja | membajak sawah (pada peringkat pertama). | Kita kena meloh bendang kita dulu baru kita sisiaq. | [ki.tA k«.nA m«.lh ben.dAN ki.tA du.lu bA.Òu ki.tA si.si.jA)Ö] | Kita mesti membajak kali pertama dulu sebelum boleh melakukan proses menyisir sawah. |
bohoq | [b.hâÖ] | kata nama | timbunan tanah yang bercampur dengan kulit-kulit siput. | Ataeh bohoq tu bulehla pacak tiang rumah, tempat laen semua keleboq. | [A.tAEh b.hâÖ tu bu.leh.lA pA.tSA/ ti.jAN Òu.mAh t«m.pAt lAen s«.mu.wA k«.l«.bâÖ] | Di atas tanah bohor itu bolehlah didirikan tiang rumah, tempat lain semuanya berlumpur. |
benoh | [bE.nh] | kata kerja | belok, simpang, selekoh. | Sampai kat ujong jalan tu hang benoh kiri. | [sAm.pAj kAt u.dZoN dZA.lAn tu hAN bE.nh ki.Òi] | Apabila sampai di hujung jalan itu, kamu belok ke kiri. |
betokoh | [b«.t.kh] | kata adjektif | berkenaan seseorang yang kelihatan bergaya, hebat, tampan. | Hang ni betokoh sunggoh bila hang pakai baju Melayu. | [hAN ni b«.t.kh suN.goh bi.lA hAN pA.kAj bA.dZu m«.lA.ju] | Engkau sungguh bergaya apabila memakai baju Melayu. |
menereloh | [m«.n«.Ò«.lh] | kata kerja | tidur sepanjang masa (tentang orang). | Pak hang menereloh siang malam, kreja tak mau buat. | [pA/ hAN m«.n«.Ò«.lh si.jAN mA.lAm kÒ«.dZA tA/ mAw bu.wAt] | Ayah engkau asyik tidur siang malam, kerja tidak mahu buat. |
jenoh | [dZ«.nh] | kata adjektif | banyak. | Kita tak payah bawak bekai, makanan jenoh kat sana. | [ki.tA tA/ pA.jAh bA.wA/ b«.kAj mA.kA.nAn dZ«.nh kAt sA.nA] | Kita tidak perlu membawa bekalan kerana makanan banyak di sana. |