Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Kd, Pl, Pn bp awak, engkau (utk yg sama taraf): ~ ni nak melawak saja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Hang I

Puisi
 

Anak merbah di paya Tuk Barat,
     Pakai kain dua seragi;
Hang tak megah aku tak minat,
     Orang lain ramai lagi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Hang tak kurang sanggul,
     aku tak kurang tengkolok.

Bermaksud :

Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buat tahana[bu.wAt tA.hA.nA] menghina.Hang jangan dok buat tahana kat orang tua hang, nanti anak hang buat tahana kat hang pulak.[hAN dZA.NAn do/ bu.wAt tA.hA.nA kAt .ÒAN tu.wA hAN nAn.ti A.nA/ hAN bu.wAt tA.hA.nA kAt hAN pu.lA/]Engkau jangan selalu menghina orang tuamu nanti anakmu akan menghina engkau pula.
tok nyang[to/ øAN] moyang, nenek (bapa atau emak kepada datuk, atau nenek seseorang).Masa tok nyang hang mati, hang tak dak lagi.[mA.sA to/ øAN hAN mA.ti hAN tA/ dA/ lA.gi]Ketika moyang kamu meninggal dunia, engkau belum dilahirkan lagi.
perasan II[p«.ÒA.sAn]kata adjektifmegah, berasa bangga, menunjuk-nunjuk.Jangan la dok perasan sangat, hak kaya tu pak hang, bukan hang.[dZA.NAn lA do/ p«.ÒA.sAn sA.NAt hA/ kA.jA tu pA/ hAN bu.kAn hAN]Janganlah megah sangat, yang kaya itu ayah kamu, bukan kamu.
nanyam[nA.øAm]kata namagadar cangkul, tangkai cangkul.Cangkoi hang tu nanyam dia hang beli ka hang buat kediri ka.[tSAN.koj hAN tu nA.øAm di.jA hAN b«.li kA hAN bu.wAt k«.di.Òi kA]Gadar cangkul engkau itu dibeli atau dibuat sendiri.
bangsat[bAN.sAt]kata kerjamengembara, merantau, membawa diri, berkelana.Lama dah aku tak tengok muka hang, hang pi bangsat kat mana?[lA.mA dAh A.ku tA/ tE.N/ mu.kA hAN hAN pi bAN.sAt kAt mA.nA]Sudah lama aku tidak berjumpa dengan kamu, kamu pergi mengembara ke mana?
tak entang[tA/ En.tAN] tak peduli, tidak hormat, tidak endah.Awat hang tak entang kat pak hang langsong, dia dok tidoq hang buka radio kuat-kuat.[A.wAt hAN tA/ En.tAN kAt pA/ hAN lAN.soN di.jA do/ ti.dâÖ hAN bu.kA rE.di.jo ku.wAt.ku.wAt]Mengapa kamu tidak menghormati bapa kamu langsung, dia sedang tidur, kamu memasang radio begitu kuat.
com[tSm]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; don.Awat hang com saja ari ni, hang gadoh dengan bini hang ka?[A.wAt hAN tSm sA.dZA A.Òi ni hAN gA.doh d«.NAn bi.ni hAN kA]Kenapa kamu masam muka sahaja hari ini, kamu bergaduh dengan isteri kamukah?
hang[hAN]kata namaengkau, awak, kamu, anda (untuk yang sama taraf); hampa, hangpa.Hang pi mana tadi.[hAN pi mA.nA tA.di]Engkau pergi ke mana tadi.
periat[p«.Òi.jAt]kata kerjamenduga, mengagak, meneka, meramal, serkap jarang.Mokalu hang tak reti, hang dok sengap sudah la, jangan la nak periat pulak.[m.kA.lu hAN tA/ Ò«.ti hAN do/ s«.NAp su.dAh lA dZA.NAn lA nA/ p«.Òi.jAt pu.lA/]Kalau kamu tidak tahu, diam sajalah, jangan cuba meneka.
dora[d.ÒA]kata adjektiflama, masa yang panjang.Hang pi mana? Aku tunggu hang berapa dora dah.[hAN pi mA.nA A.ku tuN.gu hAN be.ÒA.pA d.ÒA dAh]Awak pergi ke mana? Aku tunggu awak sudah lama.
12345678910...

Kembali ke atas