Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bongkaq[bN.kAâÖ]kata kerjamenghancurkan tanah yang telah ditenggala dengan menggunakan sisir yang ditarik oleh kerbau supaya peroi (salah satu proses dalam menanam padi).Aku belom mengaleh bendang lagi, baru dok bongkaq.[A.ku b«.lom m«.NA.leh b«n.dAN lA.gi bA.Òu do/ bN.kAâÖ]Saya belum mengalih sawah itu lagi, baru membongkar tanah sahaja.
derot[d«.ҍt]kata kerjamendap, jerlus.Rumah kongsi hak depa buat ataeh tanah lombong tu tengelam pasai tanah tu derut.[Òu.mAh koN.si hA/ dE.pA bu.wAt A.tAEh tA.nAh lom.boN tu t«.N«.lAm pA.sAj tA.nAh tu d«.ҍt]Rumah kongsi yang dibina di atas bekas tanah lombong itu tenggelam kerana tanahnya mendap.
badai[bA.dAj]kata kerjameratakan tanah sawah dengan menggunakan batang pisang, kayu bulat, tenggiling, dan sebagainya.Badai dulu tapak semai, lepaeh tu baru taboq padi benih.[bA.dAj du.lu tA.pA/ s«.mAj l«.pAEh tu bA.Òu tA.bâÖ pA.di b«.nih]Ratakan dahulu tapak semaian itu sebelum menabur benih padi.
congkeh[tSN.kEh]kata kerjamencungkil, mencolek, mengorek, menumpil, menuil.Tiap petang orang tua tu congkeh tanah cari cacin nak buat umpan mengae.[ti.jAp p«.tAN .ÒAN tu.wA tu tSN.kEh tA.nAh tSA.Òi tSA.tSin nA/ bu.wA um.pAn m«.NAE]Setiap petang orang tua itu mencungkil tanah mencari cacing untuk dibuat umpan memancing.
bulang[bu.lAN]kata kerjamelilit sesuatu benda tajam (pisau, pedang, jarum dan lain-lain) dengan menggunakan sesuatu (kain, tali, benang dan lain-lain) dari hulu ke matanya hingga tinggal sedikit sahaja.Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu.[k«.nA.lA bu.lAN du.lu pi.sAw hA/ nA/ bu.wAt lu.keh.lu.keh A.tAEh bu.joN tA.nAh l«m.be/ tu]Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu.
kukut[ku.kut]kata kerjamenanggalkan (mengeluarkan, mengikis, mengeruk) bahagian permukaan sesuatu seperti jalan, tanah, isi kelapa muda, isi buah tal dan lain-lain.Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi.[di.jA ku.kut ø)Ö mu.dA nA/ bu.wAt A.jA)Ö i.si]Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi.
memalek[m«.mA.le/]kata kerjamenenggala atau membajak sawah pada peringkat kedua dengan cara membalikkan tanah (tahi tenggala) yang sudah ditenggala.Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq.[A.beh m«.mA.le/ ni bu.leh lA m«m.boN.kA)Ö pu.lA/ d«.NAn si.si.jA)Ö]Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir.
memeloh[m«.m«.loh]kata kerjamenenggala atau membajak sawah kali pertama awal-awal musim berbendang; membeloh.Aku baru dok memeloh hang memalek dah.[A.ku bA.Òu do/ m«.m«.loh hAN m«.mA.le/ dAh]Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah.
membeloh[m«m.be.loh]kata kerjamenenggala atau membajak sawah kali pertama awal-awal musim berbendang; memeloh.Aku baru dok membeloh hang memalek dah.[A.ku bA.Òu do/ m«m.be.loh hAN m«.mA.le/ dAh]Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah.

Kembali ke atas