Definisi : (pérak) 1. sj logam yg berwarna putih dan berkilat (digunakan utk membuat perhiasan duit dll): mangkuk ~; wang ~; 2. = perakan wang rupiah: dia meminta sekeping surat keterangan dgn bayaran beberapa ~ sahaja; keperakan, keperak-perakan warna putih kekelabuan yg terang atau berkilau: biru ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : Kl; masin ~ terlampau masin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : (pérak) negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 20 668 km2, Ipoh sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : Kl; memerak menyimpan (meletakkan) barang-barang dll dgn tidak teratur dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : Kd hairan, (tercengang) kerana pertama kali melihat sesuatu dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : /pérak/ 1 logam berharga yg berwarna keputih-putihan: cincin ~. 2 wang rupiah: Harganya lima ~. 3 warna spt perak 1. keperak-perakan agak (seakan-akan) perak warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)