tak sede | [tA/ sE.dE] | | tak peduli, tidak apa, tak acuh. | Pueh aku nasehat kat dia, tapi dia buat tak sede saja. | [pu.wAEh A.ku nA.sE.hAt kAt di.jA tA.pi di.jA bu.wAt tA/ sE.dE sA.dZA] | Puas aku menasihatinya tetapi dia buat tidak peduli pun. |
segok | [sE.g/] | kata adjektif | malu, segan, janggal, serba tak kena. | Aku segok nak pi rumah dia pasai dia tu orang kaya. | [A.ku sE.g/ nA/ pi Òu.mAh di.jA pA.sAj di.jA tu .ÒAN kA.jA] | Aku segan nak pergi ke rumahnya kerana dia orangnya kaya. |
sepa | [sE.pA] | kata nama | kami, kami semua; saya apa. | Nak masok kampong ni jumpa sepa dulu. | [nA/ mA.so/ kAm.poN ni dZum.pA sE.pA du.lu] | Kalau hendak masuk ke kampung ini, dengan siapakah kami mesti bertemu terlebih dahulu. |
seron | [sE.Òn] | kata nama | sangkak tempat ayam bertelur. | Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama. | [hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.Òn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA] | Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama. |
ase | [A.se] | kata kerja | menampar yang bertujuan untuk mengusik, bergurau (biasanya apabila hendak berpisah). | Petang kemaren hang ase aku, kali ni aku nak balaeh balek. | [p«.tAN k«.mA.Òen hAN A.se A.ku kA.li ni A.ku nA/ bA.lAEh bA.le/] | Petang semalam kamu menampar aku, kali ini aku hendak balas pula. |
gise | [gi.se] | kata kerja | mendekati, menghampiri dan berjinak-jinak dengan orang tertentu kerana berhajatkan sesuatu (kiasan); gebel. | Dah lama dia tu dok gise yang behormat, tentu ada hak dia nak minta tulong. | [dAh lA.mA di.jA tu do/ gi.se jAN b«.hor.mAt t«n.tu A.dA hA/ di.jA nA/ min.tA tu.loN] | Sudah lama dia berjinak-jinak dengan yang berhormat itu. Tentu ada sesuatu yang dihajatinya. |
bujang seron | [bu.dZAN sE.Òn] | | perempuan yang diceraikan oleh suaminya (janda) setelah dikahwinnya dalam waktu yang singkat. | La ni Timah tu bujang seron pasai laki dia cerai dia lepaeh kawen dua ari. | [lA ni ti.mAh tu bu.dZAN sE.Òn pA.sAj lA.ki di.jA tS«.ÒAj di.jA l«.pAEh kA.wEn du.wA A.Òi] | Sekarang ini Si Timah itu menjadi bujang seron kerana diceraikan oleh suaminya setelah berkahwin selama dua hari. |
bala kerosek | [bA.lA k«.Ò.sE/] | | pengacau, pengganggu (orang, peristiwa atau kejadian) yang merungsingkan fikiran. | Dah besara tu dok la diam-diam, jangan pi dok jadi bala kerosek sana sini. | [dAh b«.sA.ÒA tu do/ lA di.jAm.di.jAm dZA.NAn pi do/ dZA.di bA.lA k«.Ò.sE/ sA.nA si.ni] | Setelah bersara, duduklah diam-diam, jangan mengganggu orang di sana sini. |
merenyau | [m«.Ò«.øAw] | kata adjektif | 1. merasa gatal yang menyerap ke seluruh badan, miang. | Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau. | [l«.pAEh sE.pA k«.lu.wA)Ö u.tAn bu.loh tu bA.dAn sE.pA ÒA.sA m«.Ò«.øAw] | Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal. |
menyut | [m«.øut] | kata kerja | menyahut panggilan. | Sepa pangge tak sapa menyut pon. | [sE.pA pAN.gE tA/ sA.pA m«.øut pon] | Kami panggil tiada seorang pun yang menyahut. |