kelungkoq | [k«.luN.k)Ö] | kata nama | pangkal pelepah kelapa dan lain-lain. | Mokalu tak dak kayu api, kelungkoq nyoq pon buleh guna buat masak. | [m.kA.lu tA/ dA/ kA.ju A.pi k«.luN.k)Ö ø)Ö pon bu.leh gu.nA bu.wAt mA.sA/] | Jika tiada kayu api, pangkal pelepah kelapa pun boleh digunakan untuk memasak. |
ketubong | [k«.tu.boN] | kata kerja | menghurung, mengerumuni (tentang serangga). | Kerebau tu mencalai pasai kena ketubong dengan tebuan. | [k«.Ò«.bAw tu m«.tSA.lAj pA.sAj k«.nA k«.tu.boN d«.NAn t«.bu.wAn] | Kerbau tu berlari ke sana ke mari sebab dihurung dan disengat tebuan. |
kolom | [k.lm] | kata adjektif | keadaan terperosoknya kepala ke dalam songkok (topi dan sebagainya) yang lebih besar saiznya daripada kepala. | Kepala dia kecik, kepiah dia besak, bila pakai nampak kolom sunggoh. | [k«.pA.lA di.jA k«.tSi/ k«.pi.jAh di.jA b«.sA)Ö bi.lA pA.kAj nAm.pA/ k.lm suN.goh] | Apabila kepalanya yang kecil itu dipakaikan songkok besar, kepalanya terperosok ke dalam. |
tekendik-kendik | [t«.k«n.de/.k«n.de/] | kata kerja, | berjalan terhenjut-henjut (tentang mengandar sesuatu). | Pak dia kandak ayak telaga jalan tekendik-kendik. | [pA/ di.jA kAn.dA)Ö A.jA)Ö t«.lA.gA dZA.lAn t«.k«n.de/.k«n.de/] | Ayahnya terhenjut-henjut mengandar air telaga itu. |
koi II | [kj] | kata adjektif | berhati-hati, perlahan-lahan, beransur-ansur. | Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la. | [do/ g«.lot bu.wAt A.pA sA.NAt, kÒ«.dZA tu kj.kj hA.beh lA] | Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu. |
tokai | [t.kAj] | kata kerja | mencuba. | Hang tokai beniaga kecik-kecik kat pekan nat dulu, tara hang nak bukak kedai besaq. | [hAN t.kAj b«.ni.jA.gA k«.tSi/.k«.tSi/ kAt p«.kAn nAt du.lu tA.ÒA hAN nA/ bu.kA/ k«.dAj b«.sA)Ö] | Eloklah awak mencuba berniaga kecil-kecilan di pasar sehari sebelum berniaga secara besar-besaran. |
nirai | [ni.ÒAj] | kata nama | barisan (pokok padi dan lain-lain), jajar. | Hang kena kerat padi nirai hak kiri dulu baru nirai hak laen. | [hAN k«.nA k«.ÒAt pA.di ni.ÒAj hA/ ki.Òi du.lu bA.Òu ni.ÒAj hA/ lAen] | Engkau kena memotong padi barisan yang kiri dahulu, baharu barisan yang lain. |
merenyut | [m«.Ò«.øut] | kata nama | terlalu banyak, meremut. | Ikan keli kat kolam tu nampak merenyut bila ayaq koi kerin. | [i.kAn k«.li kAt ko.lAm tu nAm.pA/ m«.Ò«.øut bi.lA A.jA)Ö kj k«.Òin] | Ikan keli di dalam apabila air dalam kolam itu makin susut. |
| | | 2. bahagian bumbung yang di sebelah hadapan menganjur keluar (untuk menjadi pelindung atau penaung). | Bangsai kedai kopi tu patot ada conggoh, biaq telindong panaeh. | [bAN.sAj k«.dAj k.pi tu pA.tot A.dA tSN.gh bi.jAâÖ t«.lin.doN pA.nAEh] | Bangsal kedai kopi itu sepatutnya beratap tambahan di bahagian hadapan, agar terlindung daripada panas. |
koi III | [kj] | kata tugas | makin, semakin. | Koi lama depa pi, koi jaoh. | [kj lA.mA dE.pA pi kj dZAoh] | Semakin lama mereka pergi, semakin jauh. |