Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan per­hatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan per­juangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendah­kan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.cuh] | اچوه

Definisi : peduli; mengendahkan: tak ~ tidak peduli; tidak mengendahkan; ~ tak ~ tidak mengambil berat; tidak memberikan perhatian. mengacuhkan menaruh minat atau mengambil berat terhadap sesuatu; mempedulikan: Kerana bongkak, dia tidak ~ nasihat orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata acuh


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelippok[k«.lip.p/]kata kerjapejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip.Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja.[mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA]Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.
tak sede[tA/ sE.dE] tak peduli, tidak apa, tak acuh.Pueh aku nasehat kat dia, tapi dia buat tak sede saja.[pu.wAEh A.ku nA.sE.hAt kAt di.jA tA.pi di.jA bu.wAt tA/ sE.dE sA.dZA]Puas aku menasihatinya tetapi dia buat tidak peduli pun.

Kembali ke atas