Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujan (kata nama)
Kata Terbitan : berhujan, menghujani, menghujankan, kehujanan,

Puisi
 

Air dalam bertambah dalam,
     Hujan dahulu belumlah teduh;
Hati dendam bertambah dendam,
     Luka dahulu belumlah sembuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Tidak sama air hujan dengan air telaga.

Bermaksud :

Orang bangsawan dengan orang biasa tidak sama derajatnya (darjatnya).

 

Lihat selanjutnya...(9)

260

East, west, home's the best

Betapa baik pun tempat orang, baik lagi tempat sendiri.

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri

My father has been living abroad for years, and now he's a successful businessman. But deep down in his heart, he yearns to return to his homeland because to him, east, west, home's the best.

Bapaku telah lama hidup di perantauan, dan kini menjadi usahawan yang berjaya. Namun begitu, jauh di dalam hatinya, dia hendak pulang ke tanah air, kerana baginya, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri; baik lagi di negeri sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
katok[kA.to/]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katok dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.to/ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
katoq[kA.tâÖ]kata namalopak, aliran air, alur atau jalan air di celah-celah bukit atau tanah tinggi; katok.Katoq dalam duson aku penoh dengan ayaq ujan hak turon semalam.[kA.tâÖ dA.lAm du.son A.ku p«.noh d«NAn A.jAâÖ u.dZAn hA/ tu.Òon s«.mA.lAm]Lopak dan alur di dusun aku dipenuhi air hujan yang turun semalam.
mengaleh[m«.NA.leh]kata kerjamenyisir sawah kali kedua selepas proses membongkar, merupakan satu daripada kaedah tradisi dalam kerja-kerja penanaman padi.Kalu ujan tak turon, ayaq tak dak, nak mengaleh pon tak buleh.[kA.lu u.dZAn tA/ tu.Òon A.jA)Ö tA/ dA/ nA/ m«.NA.leh pon tA/ bu.leh]Kalau hujan tidak turun, air tiada, kerja mengalih pun tidak boleh dilakukan.
baroh[bA.Òoh]kata namatempat yang agak rendah dari persekitaran, biasanya di sawah, kebun dan sebagainya.Kalu ujan tak mai dua tiga hari lagi ayaq kat baroh pon kerin.[kA.lu u.dZAn tA/ mAj du.wA ti.gA hA.Òi lA.gi A.jAâÖ kAt bA.Òoh pon k«.Òin]Kalau hujan tidak turun dua tiga hari lagi, air di baruh akan kering.

Kembali ke atas