Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ja/] | اجق

Definisi : mengajak 1. menjemput (mempelawa dsb) seseorang dll supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat (menghadiri sesuatu dsb) atau turut melakukan sesuatu, men­jemput, menyarankan kpd (utk berbuat se­suatu), menganjurkan, menjemput (makan dsb): Malaysia telah ~ Filipina berunding mengenai Sabah; ia ~ isterinya berpindah ke Brunei; Hasnah ~ saya ke majlis hari jadinya; dia ~ kami makan; 2. membang­kitkan hati (utk melakukan sesuatu), men­cabar (utk): ~ berdebat; ~ bertumbuk; ajakan pelawaan atau jemputan utk turut serta melakukan sesuatu (pergi atau datang ke sesuatu tempat dll), saranan, pelawaan (baik berupa jemputan atau cabaran); pengajak orang yg mengajak, pendorong, perangsang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : Mn sama dgn, seakan-akan, seperti; mengajakkan 1. menyifatkan (memandang) spt; 2. menunjukkan (menggayakan) cara membuat atau melakukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ja/] | اجق

Definisi : ; ~-~ ayam pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. mengajak 1 meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi. ajakan 1 kata-kata atau perbuatan utk mengajak; undangan. 2 anjuran atau permintaan supaya berbuat sesuatu: ~nya tidak dipedulikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ajak

Puisi
 

Dayang-dayang sedang menari,
     Sekalian kadam petik kecapi;
Doa adik lebihlah lagi,
     Saya ajak abang sendiri.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
goli[g.li]kata namapenjaga gol.Bila ajak dia maen bola, saheh dia nak jadi goli.[bi.lA A.dZA/ di.jA mAen b.lA sA.heh di.jA nA/ dZA.di g.li]Apabila diajak bermain bola sepak, tentu dia hendak menjadi penjaga gol.
ahia[A.hi.jAâ]kata adjektiftegas dan tidak mudah mengalah (terhadap sesuatu keputusan atau pegangan yang diambil), keras hati.Hang tok sah dok ajak diala, saheh dia tak mau pi pasai hati dia ahia.[hAN to/ sAh do/ A.dZA/ di.jA.lA sA.hEh di.jA tA/ mAw pi ]Tak usahlah kamu ajak, dia tetap tidak akan pergi kerana keras hatinya.
utau[u.tAw]kata kerjamemberi isyarat dengan menggunakan tangan.Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek.[pA/ do/ u.tAw mA/ dA.Òi s«.b«.ÒAN dZA.lAn A.jA/ bA.le/]Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang.
enjang[en.dZAN]kata namapanggilan dan gelaran bagi datuk saudara (tok anjang), nenek saudara (tok anjang), bapak saudara (pak anjang), emak saudara (mak anjang), saudara atau anak (anjang) yang menduduki tempat keempat dalam susunan sesuatu keluarga.Esok, pak enjang hang ajak pi kat duson dia, pila ramai-ramai.[E.s/ pA/ en.dZAN hAN A.dZA/ pi kAt du.son di.jA pi.lA ÒA.mAj.ÒA.mAj]Esok, Pak Anjang engkau menjemput ke dusunnya, pergilah beramai-ramai.

Kembali ke atas