| | | 2. sejenis alat daripada besi atau nibung untuk mengopek kelapa. Alat ini dicacak kukuh di tanah dengan matanya ke atas. Buah kelapa ditekan di mata cop untuk memisahkan sabut daripada tempurungnya. | Kalu nak kopek nyoq banyak-banyak cop lebeh cepat dari pakai golok. | [kA.lu nA/ k.pE/ øâÖ bA.øA/.bA.øA/ tSp l«.beh tS«.pAt dA.Òi pA.kAj g.l/] | Kalau hendak mengopek kelapa yang banyak, lebih cepat menggunakan cop daripada golok. |
cekam | [tS«.kAm] | kata nama | alat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma). | Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila. | [kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA] | Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam. |
| | | 2. gerudi, alat penebuk lubang, penggerek. | Tukang kayu tebok lubang kat papan pakai gremit. | [tu.kAN kA.ju t«.bo/ lu.bAN kAt pA.pAn pA.kAj gÒ«.mit] | Tukang kayu itu menebuk lubang di papan dengan dengan menggunakan gerudi |
wing | [wiN] | kata nama | alat pemerah tebu (air) yang dibuat daripada kayu dan diputarkan dengan bantuan tenaga haiwan atau manusia. | La ni orang tak guna dah wing nak perah tebu, orang guna mesen tebu. | [lA ni .ÒAN tA/ gu.nA dAh wiN nA/ p«.ÒAh t«.bu .ÒAN gu.nA me.sen t«.bu] | Zaman sekarang orang tidak lagi menggunakan wing untuk memerah tebu, tetapi menggunakan mesin tebu. |
kote | [k.tE] | kata nama | alat kelamin lelaki, konek, zakar, pelir. | | | |
dajal | [dA.dZAl] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajai. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajal. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAl] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajal. |
dajai | [dA.dZAj] | kata nama | alat penggali atau pengorek tanah bermata dua yang dibuat daripada besi, panjang hulunya kira-kira setengah meter, kedua-dua matanya melengkung; dajal. | Banyak batu keraeh tang tu, kalu nak buat lubang, kenala guna dajai. | [bA.øA/ bA.tu k«.ÒAEh tAN tu kA.lu nA/ bu.wAt lu.bAN k«.nA.lA gu.nA dA.dZAj] | Banyak batu keras di situ, kalau hendak menggali lubang, mestilah menggunakan dajai. |
cam | [tSAm] | kata nama | sejenis alat mengangkat tanah, (pasir dan sebagai) dibuat daripada rotan atau bilah buluh dan sebagai. Bentuknya terbuka dan mempunyai birai sebagai pemegang (kadang-kadang ada telinga), pongkes. | Kalu nak gotong-royong kita kena sedia banyak cam, nak buat angkot sampah. | [kA.lu nA/ g.tN.Ò.jN ki.tA k«.nA s«.di.jA bA.øA/ tSAm nA/ bu.wAt AN.kot sAm.pAh] | Untuk bergotong-royong, kita mesti menyediakan pongkes yang banyak untuk mengangkut sampah. |
rusam | [Òu.sAm] | kata nama | sejenis alat (batang atau pegangannya daripada kayu atau kayu yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan. | Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan. | [du.lu dE.pA pA.kAj Òu.sAm nA/ A.jA)Ö A.nA/ dE.pA b«.dZA.lAn] | Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan. |
redai | [Ò«.dAj] | kata nama | sejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain. | Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah. | [dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh] | Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah. |