Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata anak;

Puisi
 

Anak-anak di kayu tinggi,
     Tempat galah si daun pisang;
Anak dagang menumpang di sini,
     Bajulah basah kering di pinggang.


Lihat selanjutnya...(627)
Peribahasa

Anak harimau takkan menjadi anak kambing.

Bermaksud :

Orang yang berani takkan penakut. (Bandingkan dengan: a. Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat, b. Anak kambing takkan menjadi anak harimau).

 

Lihat selanjutnya...(181)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
anak-anak[A.nA/.A.nA/]kata namaanak ikan haruan yang masih kecil dan berwarna merah.   
rusam[Òu.sAm]kata namasejenis alat (batang atau pegangannya daripada kayu atau kayu yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan.Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan.[du.lu dE.pA pA.kAj Òu.sAm nA/ A.jA)Ö A.nA/ dE.pA b«.dZA.lAn]Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan.
betina garet[b«.ti.nA gA.Òet] [b«.ti.nA gA.ret] perempuan (anak-anak gadis) yang berkelakuan kurang sopan (galak dan gatal.Mokalu depan orang, hang janganla dok gelak deraeh sangat, nanti depa kata hang ni betina garet pulak.[mo.kA.lu d«.pAn .ÒAN hAN dZA.NAn.lA do/ g«.lA/ d«.ÒAEh sA.NAt nAn.ti dE.pA kA.tA hAN ni b«.ti.nA gA.Òet pu.lA/]Jika di depan orang, janganlah ketawa kuat sangat, nanti kamu dikatakan perempuan galak.
melewaq[m«.lE.wA)Ö]kata kerjamerayau, berkeliaran, berjalan ke sana ke mari (manusia, burung dan lain-lain); kelewar.Awat la mak pak depa dok biaq anak-anak depa dok melewaq tak tentu masa kat kompleks beli-belah tu.[A.wAt lA mA/ pA/ dE.pA do/ bi.jA)Ö A.nA/.A.nA/ dE.pA do/ m«.lE.wA)Ö tA/ t«n.tu mA.sA kAt kom.pleks b«.li.b«.lAh tu]Kenapa ibu bapa membiarkan anak-anak mereka berkeliaran tidak tentu masa di kompleks membeli-belah itu.
mengambang[m«.NAm.bAN]kata kerjaduduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin).Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam.[ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm]Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam.
kuang-kuit[ku.wAN.ku.wit]kata kerjabergerak-gerak (anak kecil, bayi).Anak Maznah tengah dok kuang-kuit-kuang-kuit dalam ndoi.[A.nA/ mAz.nAh t«.NAh do/ ku.wAN.ku.wit.ku.wAN.ku.wit dA.lAm ndoj]Anak Maznah kelihatan sedang bergerak-gerak di dalam huaian.
beram[b«.ÒAm]kata namasejenis jaring untuk menangkap ikan yang dipasang di sungai atau di alur.Kalu tahan beram dekat bendang, anak udang pon dapat.[kA.lu tA.hAn b«.ÒAm d«.kAt b«n.dAN A.nA/ u.dAN pon dA.pAt]Kalau dipasang beram berhampiran dengan sawah, anak-anak udang pun terperangkap sama-sama.
pegu[p«.gu]kata kerjapadankan, pertemukan, adukan, cantum.Depa pegu anak dara Tok Imam dengan anak terona Tok Siak, lawan berzanji.[dE.pA p«.gu A.nA/ dA.ÒA to/ i.mAm d«.NAn A.nA/ t«.ҍ.nA to/ si.jA/ lA.wAn b«Ò.zAn.dZi]Mereka adukan anak gadis Tuan Imam dengan anak teruna Tok Siak bertanding berzanji.
anak tangga[A.nA/ tAN.gA] sejenis kuih yang dibuat daripada tepung beras, santan dan gula, dimasak sehingga pekat, kemudian dibungkus dalam daun pisang sebesar jari dan dikukus.   
anak lebah[A.nA/ l«.bAh] emping yang digoreng supaya rangup.   
123456

Kembali ke atas