Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.ngin] | اڠين

Definisi : angin yg bertiup dr sebelah tenggara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.ngin] | اڠين

Definisi : 1 udara yg bergerak: Kertas-kertas yg bersusun di atas mejanya habis berterbangan ditiup ~. 2 udara yg dimampatkan (spt yg diisikan ke dlm tayar dsb); Tayar kereta itu tidak cukup ~. 3 gas yg terdapat dlm tubuh badan (biasanya dikeluarkan ketika kentut atau sendawa). 4 udara secara umum: mengambil ~ berjalan-jalan menyedut udara bersih. ~ ahmar keadaan yg terjadi dgn tiba-tiba disebabkan saluran darah tersumbat, rosak atau pecah, yg mengakibatkan hilang kemampuan utk menggerakkan sesetengah anggota badan. ~ badai angin yg datang dr sesuatu jurusan hingga beberapa hari lamanya. ~ barat angin yg datang dr sebelah barat. ~ darat angin yg bertiup dr darat. ~ gila angin yg tidak tentu haluannya. ~ lalu khabar yg tidak tentu benar tidaknya. ~ laut angin yg bertiup dr laut. ~ paksa angin yg baik utk belayar. ~ puyuh (puting beliung) angin yg berpusing. ~ sepoi-sepoi (bahasa) angin yg bertiup perlahan-lahan. angin-angin khabar yg belum sah; desas-desus; khabar angin. angin-anginan orang yg kelakuannya tidak tetap. berangin 1 ada angin bertiup. 2 ada anginnya atau berisi angin: Tayar belakang basikal itu tidak ~. mengangin 1 memisahkan padi dr hampanya dgn menjatuhkannya dr tempat tinggi ketika angin bertiup: ~ padi. 2 menjadi angin (hilang lenyap). mengangini memasukkan angin ke dlm (tayar dsb); meniupkan angin pd; memberi berangin. menganginkan ki memberitahukan sesuatu tidak dgn terus terang; membayangkan. memperanginkan meletakkan sesuatu di tempat yg berangin; menjadikan berangin: Dia ~ kainnya yg basah itu di bawah kipas. peranginan; tempat ~ tempat beristirahat. anjung ~ anjung tempat duduk-duduk berehat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata angin

Puisi
 

Angin ini angin apa? Angin melelai pucuk jambu;
     Main ini main apa? Main sudah sejelak jemu.


Lihat selanjutnya...(94)
Peribahasa

Angin tak dapat ditangkap,
     asap tak dapat digenggam.

Bermaksud :

Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.

 

Lihat selanjutnya...(35)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
angin-angin[A.Nin.A.Nin]kata namakipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling.Kalu nak tengok angin-angin pusin ligat kenala tunggu masa angin kuat.[kA.lu nA/ tE.N/ A.Nin.A.Nin pu.sin li.gAt k«.nA.lA tuN.gu mA.sA A.Nin ku.wAt]Kalau hendak melihat baling-baling berpusing laju tunggulah semasa angin bertiup kencang.
inaeh[i.nAEh]kata namabuluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin.Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak.[bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/]Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak.
kelolo[k«.l.l]kata adjektiftidak senonoh, kurang sopan; keloloh.Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot.[k«.l.l suN.goh bu.dA/ tu d«.pAn ki.tA di.jA bu.leh k«n.tot]Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin.
keloloh[k«.l.lh]kata adjektiftidak senonoh, kurang sopan; kelolo.Kelolo sunggoh budak tu, depan kita dia buleh kentot.[k«.l.lh suN.goh bu.dA/ tu d«.pAn ki.tA di.jA bu.leh k«n.tot]Sungguh kurang sopan budak itu, di hadapan kita pun dia tergamak melepaskan angin.

Kembali ke atas