[ang.kuh] | اڠکوه
Definisi : mempunyai sifat atau watak suka meninggi diri, congkak, sombong, pongah, tinggi hati: orang yg sombong dan ~; sifat ~; mengangkuhkan; ~ diri membuat diri kelihatan angkuh, menyombongkan diri, meninggi-ninggikan diri; keangkuhan sikap yg angkuh, ketinggian hati, kecongkakan: ~ golongan atasan boleh menimbulkan kebencian di kalangan rakyat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.kuh] | اڠکوه
Definisi : Mn rupa, serupa (dgn); ~ terbawa, tampan tinggal prb baik rupanya, tetapi tidak baik sikapnya (memperolok-olokkan orang yg pesolek). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ang.kuh] | اڠکوه
Definisi : suka menganggap diri sendiri lebih tinggi (cerdik, kaya dll) drpd orang lain; sombong; congkak: Orang yg ~ dibenci oleh masyarakat. keangkuhan sikap angkuh; kesombongan: ~nya menyebabkan orang benci kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)