Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[an.ta.ra] | انتارا

Definisi : 1 jarak atau sela di tengah dua tempat atau dua benda: Ukurlah ~ kedua-dua tiang itu. 2 di tengah dua waktu (tempat, peristiwa dsb): Pekan Kuala Kangsar terletak di ~ Ipoh dgn Taiping. 3 masa dr satu saat ke saat yg lain; selang (waktu): Tidak berapa lama ~nya, matilah ia kerana kekurangan darah. 4 di tengah-tengah kumpulan, golongan dll; di kalangan: Ada ~ mereka yg mempunyai ijazah tetapi masih menganggur. berantara 1 ada antaranya (selanya); bersela: Rumah ibu dgn dapurnya bersambung terus, tidak ~. 2 tidak terus-menerus; tidak langsung; berselang waktu: Kerja-kerja itu dibuat secara ~. mengantarai 1 memisahkan dua benda dsb: Banjaran Titiwangsa yg menganjur di tengah-tengah Semenanjung Malaysia ~ Kelantan dgn Perak. 2 menjadi orang tengah (dlm perundingan dll). perantaraan 1 hal berantara; hal menghubungkan orang dll yg berantara. 2 cara atau jalan yg menjadi penghubung supaya sesuatu dpt dilaksanakan: Ceramah itu disampaikan melalui ~ televisyen. Hadiah hari jadi kawannya dikirim melalui ~ seorang sahabat. pengantaraan perbuatan (hal, cara dsb) mengantarai; hal memisahkan dua benda dll. perantara orang (badan dll) yg menjadi penghubung dua pihak yg berantara; medium. pengantara orang, benda dll yg mengantarai; orang dll yg menjadi pemisah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata antara

Puisi
 

Banyak bulan antara bulan,
     Tidak sama bulan puasa;
Banyak Tuhan antara Tuhan,
     Tidak sama Tuhan Yang Esa.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Degar-degar merapati.

Bermaksud :

Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan. degar-degar = bunyi kayu dipukul.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
banaeh[bA.nAEh]kata namaukuran untuk pukat, (sebanaeh pukat panjangnya lebih kurang seratus kaki).Pukat laut dalam besanya antara tengah dua banaeh dengan tiga banaeh.[pu.kAt lAut dA.lAm bE.sA.øA An.tA.ÒA t«.NAh du.wA bA.nAEh d«.NAn ti.gA bA.nAEh]Biasanya panjang pukat laut dalam, antara satu setengah banaeh hingga tiga banaeh.
cilut cak[tSi.lut tSA/] permainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak, cak cilut.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak cilut dalam bilek tidoq.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSi.lut tSA/ dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
cak cilut[tSA/ tSi.lut] permainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak, cilut cak.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak cilut dalam bilek tidoq.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSA/ tSi.lut dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
cak I[tSA/]kata namapermainan sembunyi-sembunyi antara dua pihak; cak cilut, cilut cak.Budak-budak tu kena marah pasai maen cak dalam bilek tidok.[bu.dA/.bu.dA/ tu k«.nA mA.ÒAh pA.sAj mAen tSA/ dA.lAm bi.le/ ti.dâÖ]Budak-budak itu dimarahi kerana bermain sembunyi-sembunyi di dalam bilik tidur.
perisi[p«.Òi.si]kata kerja1. membuang biji atau mengasingkan antara isi dengan biji buah-buahan (asam jawa, ulas durian, biji rambutan dan lain-lain), mengupas, menguliti.Mak dok perisi buah moktan nak bagi adek makan.[mA/ do/ p«.Òi.si bu.wAh m/.tAn nA/ bA.gi A.de/ mA.kAn]Ibu sedang mengasingkan isi buah rambutan daripada bijinya untuk dimakan adik.
bandaq ayaq[bAn.dAâÖ A.jAâÖ] saliran air yang terdapat di antara sawah dan sungai, tali air kecil.Bendang aku dah dua hari kerin, depa katop bandaq ayaq kat ataeh nu.[b«n.dAN A.ku dAh du.wA hA.Òi k«.Òin dE.pA kA.top bAn.dAâÖ A.jAâÖ kAt A.tAEh nu]Sawah aku sudah dua hari kering kerana mereka menutup saliran air di sebelah atas sana.
jeromoh[dZ«.ҍ.mh]kata kerjatersua, terserempak, bertembung tanpa diduga antara satu dengan yang lain, jerempak; jerembap.Tadi aku jeromoh dengan dia kat pekan.[tA.di A.ku dZ«.ҍ.mh d«.NAn di.jA kAt p«.kAn]Aku terserempak dengannya di pekan tadi.
bam[bAm]kata namabahagian atau permukaan yang lebih besar pada sebuah gendang silat, (biasanya berukuran lilit antara 24 hingga 29 inci), daripada kulit lembu. Bahagian yang kecil disebut cang.Kulet belah bam kena ganti, pasai depa pukoi kuat sangat sampai pecah.[ku.let b«.lAh bAm k«.nA gAn.ti pA.sAj dE.pA pu.koj ku.wAt sA.NAt sAm.pAj p«.tSAh]Kulit di bahagian bam hendaklah digantikan, kerana mereka memukulnya terlalu kuat sehingga pecah.
ambai-ambai[Am.bAj.Am.bAj] berkenaan kayu api, buah pinang dan lain-lain dalam keadaan di antara kering dengan basahMakan sireh dengan pinang ambai-ambai memang sedap.[mA.kAn si.Òeh d«.NAn pi.nAN Am.bAj.Am.bAj mE.mAN s«.dAp]Makan sirih dengan pinang ambai-ambai ini memang sedap rasanya.
terat[t«.ÒAt]kata namasempadan, batasan, perenggan, batu terat.Tang mana batu terat bendang hang dengan bendang aku, aku lupa dah.[tAN mA.nA bA.tu t«.ÒAt b«n.dAN hAN d«.NAn b«n.dAN A.ku A.ku lu.pA dAh]Di manakah batu sempadan antara bendang awak dengan bendang saya, saya sudah lupa.

Kembali ke atas