Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
banah[bA.nAh]kata kerja1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II.Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni.[tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni]Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini.
darang[dA.ÒAN]kata nama1. lubang tempat tinggal landak.Bakaqla sampah kat muka darang belah sini, sat ni landak merojoi keluaq belah sana.[bA.kAâÖ.lA sAm.pAh kAt mu.kA dA.ÒAN b«.lAh si.ni sAt ni lAn.dA/ m«.Òo.dZoj k«.lu.wAâÖ b«.lAh sA.nA]Bakarlah sampah di muka darang sebelah sini kelak landak akan keluar sebelah sana.
mamun[mA.mun]kata kerja1. mengigau, agak nyanyuk.Jangan bagi budak-budak tu maen kuat sangat, nanti dia mamun masa dia tidoq.[dZA.NAn bA.gi bu.dA/.bu.dA/ tu mAen ku.wAt sA.NAt nAn.ti di.jA mA.mun mA.sA di.jA ti.d)Ö]Jangan biarkan budak-budak itu bermain terlalu lama, nanti mereka mengigau dalam tidur.
kecaq[k«.tSAâÖ]kata kerja1. menyelerakkan, menyepah-nyepahkan (barangan, perkakasan, makanan, pakaian dan lain-lain).Budak tu dok kecaq baju emak dia.[bu.dA/ tu do/ k«.tSAâÖ bA.dZu mA/ di.jA]Budak itu sedang menyelerakkan baju emaknya.
pederaeh I[p«.d«.ÒAEh]kata kerja1. ulang baca, ulang kaji, percepat.Hang kena rajen pederaeh selalu, baru hang lancaq baca quran tu.[hAN k«.nA ÒA.dZen p«.d«.ÒAEh s«.lA.lu bA.Òu hAN lAn.tSA)Ö bA.tSA qur.An tu]Engkau mesti rajin mengulang bacaannya selalu, barulah lancar membaca al-Quran.
geret[g«.Òet]kata kerja1. menggigit atau menghabiskan sedikit demi sedikit dengan gigi seperti perbuatan lipas, arnab, tupai dan tikus, kerumit.Habeh kaen baju dalam lemari tu kena geret tikuih.[hA.beh kAen bA.dZu dA.lAm l«.mA.Òi tu k«.nA g«.Òet ti.kuih]Habis musnah pakaian di dalam almari itu dikerumit tikus.
perembang[p«.Ò«m.bAN]kata kerja1. menenang, mengarahkan (senapang dan lain-lain) ketika hendak menembak dengan setepat-tepatnya ke sasaran, bidik; banat.Penembak tu dok perembang senapang dia kat gagak ataeh dahan tu.[p«.nEm.bA/ tu do/ p«.Ò«m.bAN s«.nA.pAN di.jA kAt gA.gA/ A.tAEh dA.hAn tu]Penembak itu sedang menenang senapangnya ke arah burung gagak yang hinggap di dahan itu.
merenyau[m«.Ò«.øAw]kata adjektif1. merasa gatal yang menyerap ke seluruh badan, miang.Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau.[l«.pAEh sE.pA k«.lu.wA)Ö u.tAn bu.loh tu bA.dAn sE.pA ÒA.sA m«.Ò«.øAw]Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal.
cop[tSp]kata nama1. sejenis alat untuk menggali tanah, pasir dan lain-lain, penggali.Kalu hang nak buat lubang hang kena guna cop, baru senang.[kA.lu hAN nA/ bu.wAt lu.bAN hAN k«.nA gu.nA tSp bA.Òu s«.nAN]Kalau kamu hendak menggali lubang, lebih mudah menggunakan penggali.
serot[s«.ҍt]kata kerja1. undur atau berjalan arah ke belakang.Pasai deraeh sangat, dia bawak kereta telajak. Lepaeh tu dia kena serot balek pasai nak masok rumah dia.[pA.sAj d«.ÒAEh sA.NAt di.jA bA.wA/ k«.ÒE.tA t«.lA.dZA/ l«.pAEh tu di.j A k«.nA s«.ҍt bA.le/ pA.sAj nA/ mA.so/ Òu.mAh di.jA]Oleh sebab dia memandu terlalu laju, keretanya terlajak dan terpaksa berundur untuk memasuki jalan ke rumahnya.
12

Kembali ke atas