pelet II | [pE.lEt] | kata nama | pelat, telor, dialek. | Baru pi Johoq seminggu balek mai Aloq Staq dia cakap pellet dah. | [bA.Òu pi dZo.h)Ö s«.miN.gu bA.le/ mAj A.l)Ö stA)Ö di.jA tSA.kAp pE.lEt dAh] | Baru seminggu tinggal di Johor, apabila pulang ke Alor Setar dia sudah bercakap pelat. |
cerok II | [tS«.Ò/] | kata kerja | menggagau ikan di dalam sawah atau sungai. | Lepaeh balek sekolah, budak-budak tu pi paret, depa pakat cerok ikan. | [l«.pAeh bA.le/ s«.k.lAh bu.dA/.bu.dA/ tu pi pA.Òet dE.pA pA.kAt tS«.Ò/ i.kAn] | Selepas pulang dari sekolah, kanak-kanak itu pergi ke parit untuk menggagau ikan. |
banah | [bA.nAh] | kata kerja | 1. mengangkat sesuatu yang berat atau meninggikan sesuatu seperti rumah, jelapang dan lain-lain dengan menggunakan pengungkil atau tuas; ganteh II. | Tulong mai ramai-ramai, aku nak banah rumah, petang ni. | [tu.loN mAj ÒA.mAj.ÒA.mAj A.ku nA/ bA.nAh Òu.mAh p«.tAN ni] | Tolong datang ramai-ramai kerana aku hendak mengangkat rumah pada petang ini. |
pederaeh II | [p«.d«.ÒAEh] | kata adjektif | bersungguh-sungguh, percepat. | Mai kita pederas kreja kita ni bagi cepat siap. | [mAj ki.tA p«.d«.ÒAEh kÒ«.dZA ki.tA ni bA.gi tS«.pAt si.jAp] | Mari kita membuat kerja ini bersungguh supaya cepat selesai. |
not II | [nt] | kata tugas | kosong (contoh darjah not sama dengan darjah kosong) (kata bilangan). | Anak hang tu baru darjah not, tentu la tak pandai baca lagi. | [A.nA/ hAN tu bA.Òu dAÒ.dZAh nt t«n.tu lA tA/ pAn.dAj bA.tSA lA.gi] | Anak engkau itu baharu masuk tahun pertama, tentulah belum mahir membaca lagi. |
bantot II | [bAn.tot] | kata kerja | menempel ramuan tertentu pada bisul supaya cepat masak dan pecah. | Mokalu mau bagi bisoi cepat masak, hang kena bantot dia dengan kapoq campoq misan lebah. | [m.kA.lu mAw bA.gi bi.soj tS«.pAt mA.sA/ hAN k«.nA bAn.tot di.jA d«.NAn kA.pâÖ tSAm.pâÖ mi.sAn l«.bAh] | Jika kamu hendakkan bisul cepat masak dan pecah, tempelkannya dengan campuran kapur dan manisan lebah. |
redak II | [Ò«.dA/] | kata kerja | berlebihan, kelebihan makanan. | Kue kat tempat kenuri tu redak pasai semua hak mai bawak kue. | [kue kAt t«m.pAt k«.nu.Òi tu Ò«.dA/ pA.sAj s«.mu.wA hA/ mAj bA.wA/ kue] | Kuih di tempat kenduri itu berlebihan kerana semua orang yang datang membawa kuih masing-masing. |
pulun | [pu.lun] | kata adjektif | melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II. | Dia pulun baca buku nak paih pereksa. | [di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA] | Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa. |