Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.dan] | بادن

Definisi : 1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata badan

Puisi
 

Batang ini batang nangka,
     Duduk abang pagi petang;
Badan ini badan celaka,
     Tengah berkasih bencana datang.


Lihat selanjutnya...(189)
Peribahasa

Badan boleh dimiliki,
     hati tiada boleh dimiliki.

Bermaksud :

Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.

 

Lihat selanjutnya...(54)

131

Strech your arm no further than your slave will reach

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Ukur baju di badan sendiri

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and strech your arm no further than your slave will reach .

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Ukur baju di badan sendiri.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(8)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tembap[t«m.bAp]kata kerjamerapatkan dua benda (biasanya mempunyai permukaan yang rata) hingga bersentuhan.Pasai sejok sangat, dia tembap badan dia kat badan mak dia.[pA.sAj s«.dZo/ sA.NAt di.jA t«m.bAp bA.dAn di.jA kAt bA.dAn mA/ di.jA]Oleh sebab kesejukan, dia merapatkan badannya ke badan emaknya.
merenyau[m«.Ò«.øAw]kata adjektif1. merasa gatal yang menyerap ke seluruh badan, miang.Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau.[l«.pAEh sE.pA k«.lu.wA)Ö u.tAn bu.loh tu bA.dAn sE.pA ÒA.sA m«.Ò«.øAw]Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal.
sanan[sA.nAn]kata namasejenis bau busuk (badan), kesak.Sanan kat badan dia tu terok sunggoh, buboh minyak esen banyak mana pon tak buleh hilang.[sA.nAn kAt bA.dAn di.jA tu t«.Òo/ suN.goh bu.boh mi.øA/ E.sEn bA.øA/ mA.nA pon tA/ bu.leh hi.lAN]Bau busuk di badannya sangat kuat, walaupun badannya banyak dibubuh minyak wangi baunya tidak hilang.
lanyau I[lA.øAw]kata namatanah lembik, lumpur, selut; keleboq, tamboq.Badan kerebau tu penoh lanyau pasai dia baru lepaeh bekubang.[bA.dAn k«.Ò«.bAw tu p«.noh lA.øAw pA.sAj di.jA bA.Òu l«.pAEh b«.ku.bAN]Badan kerbau itu berlumuran lumpur selepas berkubang.
bangaeh[bA.NAEh]kata adjektifberkenaan bau peluh atau bau badan kerana berjemur, bekerja keras dan sebagainya, tengik.Hang pi maen panaeh tang mana, sampai bau bangaeh sangat ni?[hAN pi mAen pA.nAEh tAN mA.nA sAm.pAj bAw bA.NAEh sA.NAt ni]Di mana kamu berjemur, sehingga badan berbau tengik ini?
lekeh[lE.keh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; kemereh.Badan depa adek-beradek lekeh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ lE.keh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
kemereh[k«.mE.rEh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; lekeh.Badan depa adek-beradek kemereh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ k«.mE.rEh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
belong[b«.loN]kata adjektifberkenaan badan besar tetapi umur muda.Awat anak bongsu hang ni belong sangat, abang-abang dia semua kecik-kecik belaka?[A.wAt A.nA/ bN.su hAN ni b«.loN sA.NAt A.bAN.A.bAN di.jA s«.mu.wA k«.tSi/.k«.tSi/ b«.lA.kA]Mengapa anak bongsu awak ini besar sangat, abang-abangnya kecil belaka.
belengaeh[b«.l«.NAEh]kata adjektifberkenaan badan atau pakaian dalam keadaan kotor, selekeh, comot biasanya basah dan melekit.Muka dia belengaeh, penoh hinguih.[mu.kA di.jA b«.l«.NAEh p«.noh hi.Nuih]Mukanya berselekeh kerana dipenuhi dengan hingus.
tali renut[tA.li Ò«.nut] tali yang mengikat rengga di badan gajah.La ni depa guna tali jepun buat tali renut.[lA ni dE.pA gu.nA tA.li dZ«.pun bu.wAt tA.li Ò«.nut]Sekarang ini mereka menggunakan tali jepun untuk dijadikan tali renut.
12

Kembali ke atas