Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : 1. kata tanya (menanyakan hal), betapa: ~ keadaan budak yg sakit itu sekarang? 2. dgn cara apa, dgn jalan apa: parlimen menjaga dan mengawal ~ wang orang ramai dipungut dan dibelanjakan; ~ juga bagaimanapun;sebagaimana seperti (yg dikehendaki dll), sama (halnya) dgn, seperti mana: sekolah itu dapat memberi pendidikan ~ yg dikehendaki;bagaimanapun biar apa pun yg terjadi;dibagaimanakan dipengapakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.gai.ma.na] | باݢايمان

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara: ~kah kamu membuat kira-kira ini? sebagaimana seperti (yg ada, yg dikehendaki, yg dirujuk dsb); sama halnya dgn: Dia melakukannya ~ yg dikehendaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bagaimana

Puisi
 

Bagaimana mencucuk manik,
     Manik dicucuk di pagi hari;
Abang adik silalah naik,
     Itu air membasuh kaki.


Lihat selanjutnya...(39)
Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Bermaksud :

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

 

Lihat selanjutnya...(30)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betujal[b«.tu.dZAl]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujai.Lagu mana pandai pun hang jangan dok betujal dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAl d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
betujai[b«.tu.dZAj]kata kerjabertengkar, berbalah, bertekak, berperang mulut; betujal.Lagu mana pandai pon hang jangan dok betujai dengan orang tua.[lA.gu mA.nA pAn.dAj pon hAN dZA.NAn do/ b«.tu.dZAj d«.NAn .ÒAN tu.wA]Walau bagaimana pintar sekalipun jangan kamu berbalah dengan orang tua.
celup-celap[tS«.lup.tS«.lAp]kata adjektiftidak tertib, tidak teratur, tidak tentu dahulu dan kemudiannya.Semua kreja dia sorang nak buat, celup-celap sana, celup-celap sini, lagu mana nak semprena?[s«.mu.wA kÒ«.dZA di.jA s.ÒAN nA/ bu.wAt tS«.lup.tS«.lAp sA.nA tS«.lup.tS«.lAp si.ni lA.gu mA.nA nA/ s«m.pÒ«.nA]Semua kerja hendak dibuatnya sendiri, sedikit sana, sedikit sini, bagaimana hendak sempurna?

Kembali ke atas