Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : bagai ini, macam ini, seperti ini: tulislah ~;sebegini sebanyak ini, sekian ini;begini-begini memperkatakan seseorang dll secara umum tanpa penjelasan: datuk nenek kami dahulu adalah ~;membeginikan membuat (memperlakukan) spt ini: saya tidak suka dibeginikan, tidak senang dibegitukan; beginian Jk seperti ini, demikian ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.ni] | بݢيني

Definisi : spt ini; bagai ini; demikian ini; serupa ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begini

Puisi
 

Jika begini mengalahnya,
     Kayu hidup dimakan api;
Jika begini rasanya,
     Badanku hidup terasa mati.


Lihat selanjutnya...(38)
Peribahasa

Apa kepada kukur,
     nyiur juga yang binasa.

Bermaksud :

Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis, b. Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang, c. Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya, d. Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa, e. Mata memandang apa yang hendak sakit, bahu yang memikul timpa perasaan, f. Mata tahu memandang saja, bahu juga yang tahu beratnya).

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. mencari, mendapatkan, berusaha, berikhtiar (kata kiasan).Ujong-ujong bulan macam ni mana aku nak pi kerobek duet.[u.dZoN.u.dZoN bu.lAn mA.tSAm ni mA.nA A.ku nA/ pi k«.ҍ.bE/ du.wet]Pada hujung bulan begini di manalah aku hendak mendapat wang.
baloi[bA.loj]kata adjektifseimbang, sepadan, sesuai, setimpal.Macam ni punya upah barula baloi dengan kreja hak aku buat.[mA.tSAm ni pu.øA u.pAh bA.Òu.lA bA.loj d«.NAn kÒ«.dZA hA/ Aku bu.wAt]Kalaulah begini upahnya yang aku terima, barulah padan dengan kerja yang telah aku lakukan.
sejok-gedi[s«.dZo/.g«.di]kata adjektifberkenaan makanan dan minuman yang sangat sejuk.Aku tak lalu makan gulai sejok-gedi macam ni, pi perangat dulu![A.ku tA/ lA.lu mA.kAn gu.lAj s«.dZo/.g«.di mA.tSAm ni pi p«.ÒA.NAt du.lu]Aku tidak berselera makan gulai yang sangat sejuk begini, pergi panaskan dulu.
kerusut[k«.Òu.sut]kata adjektifberkenaan rambut dan benang yang kusut, berselirat, kerumut; kerosot.Buat apa hampa biaq benang tu jadi lagu ni, kerosot habeh.[bu.wAt A.pA hAm.pA bi.jA)Ö b«.nAN tu dZA.di lA.gu ni k«.Òu.sut hA.beh]Mengapa engkau biarkan benang ini sampai jadi begini, kesemuanya kusut.
kerosot[k«.ҍ.st]kata adjektifberkenaan rambut dan benang yang kusut, berselirat, kerumut; kerusut.Buat apa hampa biaq benang tu jadi lagu ni, kerosot habeh.[bu.wAt A.pA hAm.pA bi.jA)Ö b«.nAN tu dZA.di lA.gu ni k«.ҍ.st hA.beh]Mengapa engkau biarkan benang ini sampai jadi begini, kesemuanya kusut.

Kembali ke atas