Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : berusaha utk memperoleh ilmu penge­­tahuan (sesuatu kepandaian dll), menun­tut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan, dsb: ~ bahasa Inggeris; ~ cara-cara ber­niaga; ~ bertukang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.jar] | بلاجر

Definisi : 1 berusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan, kepandaian dsb; menuntut ilmu: Sewaktu ~ di London dahulu, ia bekerja di B.B.C. secara sambilan. 2 berlatih supaya pandai atau mahir: ~ berenang; ~ mengaji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belajar

Puisi
 

Dari mula Melayu tak jaga,
     Pasal belajar ilmu meniaga;
Kalau tahu rugi laba,
     Berat ringan kita boleh jangka.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Ayam baru belajar berkokok.

Bermaksud :

Baru cukup umur.

 

Lihat selanjutnya...(8)

174

He that would eat the fruit must climb the tree

Jika mahukan sesuatu, haruslah berusaha dengan kuat.

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang

Finally, his dream to become the first Malaysian astronaut has been realized. Indeed he has been many sacrifices and it took so many years off studying and training. He that would eat the fruit must climb the tree.

Akhirnya, impiannya untuk menjadi angkasawan pertama Malaysia tercapai. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban dan bertahun-tahun lamanya dia belajar dan menjalani latihan. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tadah[tA.dAh]kata kerjabelajar hal-hal keagamaan.Dia leteh sangat sampai tak larat nak pi tadah kitab kat madrasah.[di.jA l«.tEh sA.NAt sAm.pAj tA/ lA.At nA/ pi tA.dAh ki.tAb kAt mAd.ÒA.sAh]Dia amat letih hingga tidak terdaya pergi belajar agama di madrasah.
otek[.tE/]kata kerjaberansur-ansur, sedikit demi sedikit (dalam menyimpan wang, perjalanan, belajar dan sebagainya).La ni dia kalah, sat lagi dia otek menang balek.[lA ni di.jA kA.lAh sAt lA.gi di.jA .tE/ m«.nAN bA.le/]Sekarang ini dia kalah, sebentar lagi dia akan beransur-ansur menang.
teketek-teketek[t«.kE.tE/.kE.tE/]kata adjektifberkenaan berjalan yang perlahan-lahan, setapak demi setapak, (seperti kanak-kanak baru belajar berjalan, cara berjalan orang kerdil), terkedek-kedek.Si Katek tu bejalan teketek-ketek macam itik.[si kA.te/ tu b«dZA.lAn t«.kE.tE/.kE.tE/ mA.tSAm i.te/]Si Katik itu berjalan terkedek-kedek seperti itik.
celepete[tSE.lE.pE.tE]kata adjektifberkenaan gaya berjalan yang terhuyung-hayang, merewang dan tidak tetap atau tidak teratur langkahnya, (seperti kanak-kanak yang baru belajar berjalan atau bertatih, mabuk dan lain-lain).Baru kena sekoleh, jalan pon celepete.[bA.Òu k«.nA s«.k.lEh dZA.lAn pon tSE.lE.pE.tE]Baru minum sekoleh tuak, jalannya pun terhuyung-hayang.
sut-sut[sut.sut]kata namaakhir, hujung, penghabisan.Hang tak belajaq, patot dapat nombo sut-sut dalam kelaih.[hAN tA/ b«.lA.jA)Ö pA.tot dA.pAt nm.b sut.sut dA.lAm k«.lAih]Awak tak belajar, patut dapat nombor akhir dalam kelas.
takteh[tA/.tEh]kata adjektifberkenaan cara berjalan selangkah-selangkah (tentang kanak-kanak).Awat lama sangat anak hang ni baru takteh, baya dia buleh belari dah.[A.wAt lA.mA sA.NAt A.nA/ hAN ni bA.Òu tA/.tEh bA.jA di.jA bu.leh b«.lA.Òi dAh]Mengapa lama sangat anak engkau ini baru belajar berjalan, sedangkan kanak-kanak yang sebaya dengannya sudah pandai berlari.
seroi I[s«.ҍj]kata namasejenis seluar labuh (biasanya besar, dan longgar) untuk basahan.Tok guru suroh anak buah dia pakai seroi bagi senang belajaq silat.[to/ gu.Òu su.Òoh A.nA/ bu.wAh di.jA pA.kAj s«.ҍj bA.gi s«.nAN b«.lA.jA)Ö si.lAt]Tuan guru suruh anak buahnya memakai serual untuk memudahkan mereka belajar silat.

Kembali ke atas