Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ben.da] | بندا

Definisi : 1 sesuatu yg tidak diketahui benar-benar; apa-apa saja yg dikira secara umum; barang: Apa ~nya yg engkau bawa itu? 2 barang-barang yg berharga; harta: Arwah ayahnya tidak meninggalkan ~ apa jua pun. 3 segala yg berbentuk dan dpt dilihat serta dipegang; lwn roh. ~ hidup segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. ~ mati segala benda yg tidak bernafas atau tidak bergerak. kebendaan 1 apa-apa yg berupa atau yg bersifat benda; yg mengenai benda. 2 yg bersifat mementingkan harta benda: golongan yg terlalu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benda

Puisi
 

Apa benda dalam pasu,
     Rebus ketupat jadi batu;
Kalau berniaga kongsi bisu,
     Jangan untung rugi tak Berniaga/untung


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kain pendinding miang,
     wang pendinding malu.

Bermaksud :

Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.

 

Lihat selanjutnya...(24)

13

A bad workman always quarrels with his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always quarrels with his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah sebab tak tahu menari, dikatakan lantai tinggi rendah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(7)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
taok[tAo/]kata kerjabuang, lempar, campak.Hang pi taok tang mana benda tu aku cari tak jumpa.[hAN pi tAo/ tAN mA.nA b«n.dA tu A.ku tSA.Òi tA/ dZum.pA]Di mana engkau buang benda itu, aku cari tak jumpa.
pekop[p«.kop]kata kerjamenudung sesuatu.Pasai dah tak dak benda laen, dia pekop makanan tu dengan periok.[pA.sAj dAh tA/ dA/ b«n.dA lAen di.jA p«.kop mA.kA.nAn tu d«.NAn p«.Òi.jo/]Oleh sebab tidak ada benda lain, dia menudung makanan itu dengan periuk.
jinjat[dZin.dZAt] berdiri dengan hujung kaki, jinjit; ginjat.Budak tu kena jinjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.[bu.dA/ tu k«.nA dZin.dZAt pA.sAj b«n.dA hA/ di.jA nA/ Am.be/ tu tiN.gi]Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi.
ginjat[gin.dZAt]kata kerjaberdiri dengan hujung kaki, jinjit; jinjat.Budak tu kena ginjat pasai benda hak dia nak ambek tu tinggi.[bu.dA/ tu k«.nA gin.dZAt pA.sAj b«n.dA hA/ di.jA nA/ Am.be/ tu tiN.gi]Budak itu terpaksa berjinjit kerana benda yang hendak diambilnya tinggi.
   2. mencari sesuatu kemudahan atau benda (seperti wang, makanan dan sebagainya).Mana aku nak pi gerengau duet banyak tu?[mA.nA A.ku nA/ pi g«.Ò«.NAw du.wet bA.øA/ tu]Di mana aku hendak mendapatkan wang yang sebanyak itu?
rempong[Ò«m.poN]kata kerjamembawa benda atau barangan yang banyak dengan cara memeluk kedua-dua belah tangan, merangkul.Genap-genap kali dia pi pekan, dia rempung macam-macam barang.[g«.nAp.g«.nAp kA.li di.jA pi p«.kAn di.jA Ò«m.poN mA.tSAm.mA.tSAm bA.ÒAN]Setiap kali ke pekan, bila pulang dia merangkul banyak barang.
bulang[bu.lAN]kata kerjamelilit sesuatu benda tajam (pisau, pedang, jarum dan lain-lain) dengan menggunakan sesuatu (kain, tali, benang dan lain-lain) dari hulu ke matanya hingga tinggal sedikit sahaja.Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu.[k«.nA.lA bu.lAN du.lu pi.sAw hA/ nA/ bu.wAt lu.keh.lu.keh A.tAEh bu.joN tA.nAh l«m.be/ tu]Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu.
tembap[t«m.bAp]kata kerjamerapatkan dua benda (biasanya mempunyai permukaan yang rata) hingga bersentuhan.Pasai sejok sangat, dia tembap badan dia kat badan mak dia.[pA.sAj s«.dZo/ sA.NAt di.jA t«m.bAp bA.dAn di.jA kAt bA.dAn mA/ di.jA]Oleh sebab kesejukan, dia merapatkan badannya ke badan emaknya.
kelepang[k«.l«.pAN]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh seperti tin, loyang dan sebagainya di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pAN A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
cotet[tS.tEât]kata adjektifberkenaan barang atau benda yang kecil sahaja, sedikit sahaja.Hang tak buleh ambek semua, hang kena ambek secotet saja barula orang tak marah.[hAN tA/ bu.leh Am.be/ s«.mu.wA hAN k«.nA Am.be/ s«.tS.tEât sA.dZA bA.Òu.lA .ÒAN tA/ mA.ÒAh]Kamu tidak boleh mengambil kesemuanya, ambil sedikit sahaja barulah kamu tidak dimarahi orang.
12

Kembali ke atas