Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1. melahirkan anak, bersalin: isterinya baru ~; dukun ~ bidan; sakit ~ sakit sewaktu melahirkan anak; 2. mempunyai anak: mereka sudah ~ dua orang; 3. dgn (bersama dgn) anaknya, kesemuanya (dua, tiga, dll orang) berserta dgn anak: orang itu tinggal tiga ~ di rumah itu; mereka datang empat ~ hendak berjumpa datuk penghulu; belum ~ sudah berbesan (dahulu) = belum ~ sudah ditimang prb keuntungan belum tentu akan dapat sudah bersenang-senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.na/]/[ber.a.na/] | برانق

Definisi : 1 melahirkan anak: Isterinya baru saja ~ di hospital. 2 mempunyai anak: Ia sudah ~ empat, tetapi rupanya masih muda. 3 dgn anak: Dia tiga ~ tinggal di pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beranak

Puisi
 

Burung tiung beranak tunggal,
     Hinggap mari atas bumbung;
Ibu mati ayah meninggal,
     Pada siapa hendak bergantung.


Lihat selanjutnya...(29)
Peribahasa

Sepesan anak beranak,
     anaknya beranak (= menggigit) pula.

Bermaksud :

Lekas sekali berkembang biak. sepesan = lipan.

 

Lihat selanjutnya...(20)

104

Don't count your chickens before they are hatches

Jangan bertindak atau bersikap seolah-olah ada sesuatu yang dikehendaki itu sudah dimiliki walhal ia belum lagi menjadi kenyataan.

Belum beranak sudah ditimang

Just because the big company has promises you the job, it does not mean that you can resign now and start spending money to celebrate the good news. Don't count your chickens before they are hatches. Wait until they give you an appointment letter.

Hanya kerana syarikat besar itu telah menjanjikan awak pekerjaan, tidak bermakna awak boleh berhenti kerja sekarang, dan berbelanja besar untuk meraikan berita baik itu! Usahlah belum beranak sudah ditimang. Tunggu sehingga mereka memberi awak surat pelantikan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
tok[to/]kata namaibu kepada bapak atau ibu kepada ibu, nenek.Masa tok hang beranak kat pak hang, Jepun baru masok.[mA.sA to/ hAN b«.ÒA.nA/ kAt pA/ hAN dZ«.pun bA.Òu mA.so/]Pada masa nenek kamu melahirkan ayah kamu, Jepun mula bertapak.
lanyau II[lA.øAw]kata kerjamembuang lumur, mencuci lumpur di dalam telaga.Pak Sidek anak-beranak pakat lanyau telaga depa kat belakang rumah.[pA/ si.de/ A.nA/.b«.ÒA.nA/ pA.kAt lA.øAw t«.lA.gA dE.pA kAt b«.lA.kAN Òu.mAh]Pak Sidek sekeluarga sedang mencuci telaga di belakang rumah.
boroeh[b.ҍEh]kata namaramuan daripada herba yang disapukan di perut perempuan selepas bersalin.Ada orang beranak ataeh rumah tu kot sebab bau boroeh sampai tang ni.[A.dA .ÒAN b«.ÒA.nA/ A.tAeh Òu.mAh tu kot s«.bAb bAw b.ҍEh sAm.pAj tAN ni]Agaknya ada orang bersalin di dalam rumah itu kerana bau boros sampai ke sini.

Kembali ke atas