Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1. (kata tanya) utk menanyakan jumlah (besar, bilangan, harga, tinggi, dll): ~ jumlahnya?; ~ harga buku itu? 2. sebanyak mana, sebesar apa (jumlahnya): dia boleh mengambil hartaku ~ dia suka; 3. bagaimana, betapa: tengoklah ~ berbahagianya mereka di sini; ~ pun bagaimanapun, betapa pun; 4. = seberapa sekian (banyaknya), sebegitu (banyaknya): tidak ~ lama. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg menanyakan banyaknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : 1 kata utk menanyakan jumlah sesuatu: ~kah harganya buku ini? 2 sebanyak mana; sebesar mana jumlahnya: Engkau ambillah ~ yg engkau suka. 3 bagaimana; betapa: Sekarang baru dia tahu ~ susahnya hidup miskin. 4 kata utk menyatakan jumlah atau bilangan yg tidak tentu; banyak yg lebih kurang: Tidak ~ lama kemudian, sampailah pengembara itu ke tempat yg dituju. beberapa jumlah yg tidak tentu banyaknya (lebih drpd dua tetapi tidak terlalu banyak): Ada ~ orang yg datang mencari tuan tadi. seberapa sekian banyaknya; sebanyak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.ra.pa] | براڤ

Definisi : kata yg digunakan utk menanyakan banyaknya: ~ ekor lembu yg disembelih utk kenduri kahwin itu? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berapa

Puisi
 

Berapa tinggi pokok kubis,
     Tempat membuat ulam-ulaman;
Sedikit lagi jiwa nak habis,
     Tempat berbudi kepada tuan.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul.

Bermaksud :

Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga. (Bandingkan dengan: Seperti hendak meluruskan ekor beruk).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
simpan[sim.pAn]kata kerjamengebumikan jenazah.Pukoi berapa orang nak simpan mayat tu?[pu.koj b«.ÒA.pA .ÒAN nA/ sim.pAn mA.jAt tu]Pukul berapa hendak dikebumikan jenazah itu?
sireh suson[si.Òeh su.son] susunan daun sirih sebanyak dua puluh helai.Sireh suson ni satu berapa kupang.[si.Òeh su.son ni sA.tu b«.ÒA.pA ku.pAN]Sirih susun ini satu berapa sen.
dora[d.ÒA]kata adjektiflama, masa yang panjang.Hang pi mana? Aku tunggu hang berapa dora dah.[hAN pi mA.nA A.ku tuN.gu hAN be.ÒA.pA d.ÒA dAh]Awak pergi ke mana? Aku tunggu awak sudah lama.

Kembali ke atas