Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.gan.ding] | برݢانديڠ

Definisi : 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.gan.ding] | برݢانديڠ

Definisi : berada dekat atau di sisi seseorang; berhampiran; berdekatan: Musa berjalan ~ dgn Adli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berganding


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
beremba[b«.Ò«m.bA]kata kerjaberjalan bersaing-saingan, berjalan bersama-sama, bersaing, bersama-sama (berkenaan berjalan), berganding-gandingan; beremba-remba.Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba saja.[tAN mA.nA pon dE.pA ni pi dE.pA do/ b«.Ò«m.bA sA.dZA]Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama.
beremba-remba[b«.Ò«m.bA.Ò«m.bA]kata kerjaberjalan bersaing-saingan, berjalan bersama-sama, bersaing, bersama-sama (berkenaan berjalan), berganding-gandingan; beremba.Tang mana pon depa ni pi, depa dok beremba-remba saja.[tAN mA.nA pon dE.pA ni pi dE.pA do/ b«.Ò«m.bA.Ò«m.bA sA.dZA]Ke mana sahaja pergi, mereka tetap berjalan bersama-sama.

Kembali ke atas