Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1. menunjukkan kesajakan, (keang­gunan, ketrampilan), menunjukkan lagak, beragam, berlagak, berperangai, bersikap: dia nak ~ juga, tapi duitnya tidak ada; langkahnya ~ langkahnya teratur baik; 2. menunjukkan corak, bentuk, rupa atau sifat yg tertentu: sajak ini ~ realis dan romantis; 3. berdaya, berkekuatan, bertenaga: ia tidak ~ lagi berhadapan dgn adiknya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ga.ya] | برݢاي

Definisi : 1 kelihatan segak atau elok; sedap dipandang: Gadis yg berbaju kurung labuh dan berkain songket merah itu sungguh ~. 2 menunjukkan lagak; berlagak: Orang benci kpdnya kerana dia suka ~ spt orang-orang kaya. 3 ada kekuatannya; bertenaga: Sejak didatangi penyakit lumpuh tempoh hari, dia tidak ~ lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bergaya


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
betokoh[b«.t.kh]kata adjektifberkenaan seseorang yang kelihatan bergaya, hebat, tampan.Hang ni betokoh sunggoh bila hang pakai baju Melayu.[hAN ni b«.t.kh suN.goh bi.lA hAN pA.kAj bA.dZu m«.lA.ju]Engkau sungguh bergaya apabila memakai baju Melayu.
cengeh[tSE.NEh]kata adjektifberkenaan perlakuan, pakaian yang hebat, bergaya, canggih.Amboi, bila hang pakai kot tu betoi-betoi cengeh.[Am.boj bi.lA hAN pA.kAj kot tu b«.toj.b«.toj tSE.NEh]Amboi, sungguh hebat bila engkau memakai kot itu.

Kembali ke atas