[ber.gi.lir] | برݢيلير
Definisi : berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.gi.lir] | برݢيلير
Definisi : bertukar atau berganti mengikut aturan; berganti berturut-turut: Kerana perjalanan itu terlalu jauh, kami terpaksa ~ memandu kereta. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)