Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : 1. tidak berhubungan (tidak berdampingan, tidak rapat, dll), bercerai: hendaknya Tuhan yg Maha Mengasihani akan menemukan saya dgn ayah sesudah sekian tahun ~; mengucapkan selamat ~ mengucap­kan selamat semasa hendak meninggalkan seseorang; 2. berenggang, berjarak, berjauhan; hidup ~ Id suami isteri yg belum bercerai tetapi tidak tinggal serumah lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.sah] | برڤيسه

Definisi : tidak berhubung antara satu dgn yg lain; tidak rapat atau tidak berdampingan kedudukannya; berenggang; berjauhan: Dr Ipoh kami bersama, sesampai di Kuala Lumpur, kami ~. Kedua-dua kota itu letaknya ~ beratus-ratus batu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Anak kodok di atas batu,
     Anak bubut patah kaki;
Berdagang hidup sementara waktu,
     Bercerai maut berpisah abadi.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai beliung dengan asahan.

Bermaksud :

Tidak pernah berpisah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ase[A.se]kata kerjamenampar yang bertujuan untuk mengusik, bergurau (biasanya apabila hendak berpisah).Petang kemaren hang ase aku, kali ni aku nak balaeh balek.[p«.tAN k«.mA.Òen hAN A.se A.ku kA.li ni A.ku nA/ bA.lAEh bA.le/]Petang semalam kamu menampar aku, kali ini aku hendak balas pula.

Kembali ke atas