[ber.sa.ra] | برسارا
Definisi : minta pertim-bangan (bagaimana baiknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.sa.ra] | برسارا
Definisi : turut serta (dlm sesuatu per-kongsian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.sa.ra] | برسارا
Definisi : 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ber.sa.ra] | برسارا
Definisi : 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 berhenti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)