Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelur

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi,
     mati kelaparan.

Bermaksud :

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
seron[sE.ҍn]kata namasangkak tempat ayam bertelur.Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.[hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.ҍn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA]Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.

Kembali ke atas