Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ru.lang]/[ber.u.lang] | براولڠ

Definisi : 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ulang (kata kerja)
Bersinonim dengan sekali lagi, lagi sekali, melakukan kembali;,
Kata Terbitan : berulang, berulang-ulang, mengulang, ulangan, ulang alik, berulang alik,

Puisi
 

Pergi sekolah berulang-ulang,
     Budak-budak belajar memanah;
Lain biduk lain digalang,
     Lain yang bengkak lain yang menanah.


Lihat selanjutnya...(21)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
kelippok[k«.lip.p/]kata kerjapejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip.Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja.[mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA]Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.
mentara[m«n.tA.ÒA]kata namaorang yang membawa dan menghidang makanan dalam sesuatu majlis jamuan, pelayan.Orang muda-muda elok jadi mentara, depa kuat berulang-alek dari tempat beridang ke balai.[.ÒAN mu.dA.mu.dA E.lo/ dZA.di m«n.tA.ÒA dE.pA ku.wAt b«.Òu.lAN.A.le/ dA.Òi t«m.pAt b«.Òi.dAN k« bA.lAj]Orang mudalah yang elok jadi pelayan, kerana mereka cergas untuk berulang alik dari tempat berhidang makanan ke balai.
oncat[n.tSAt]kata kerjamenaikkan dan menurunkan umpan dalam air, menggerak-gerakkan joran supaya umpan kelihatan seperti melompat-lompat berulang-ulang ketika mengail untuk menarik perhatian ikan ketika mengail.Kalu kita rajen oncat, baru cepat dapat ikan.[kA.lu ki.tA ÒA.dZen n.tSAt bA.Òu tS«.pAt dA.pAt i.kAn]Jika kita selalu meloncat-loncatkan dan menurunkan umpan di permukaan air, barulah cepat mendapat ikan.
lunyai[lu.øAj]kata adjektifberlumpur, becak.Jalan tu lunyai pasai lori tanah merah dok ulang-alek tang tu.[dZA.lAn tu lu.øAj pA.sAj l.Òi tA.nAh mE.ÒAh do/ u.lAN.Ale/ tAN tu]Jalan itu rosak kerana lori tanah merah berulang-alik melaluinya.

Kembali ke atas