merenyut | [m«.Ò«.øut] | kata nama | terlalu banyak, meremut. | Ikan keli kat kolam tu nampak merenyut bila ayaq koi kerin. | [i.kAn k«.li kAt ko.lAm tu nAm.pA/ m«.Ò«.øut bi.lA A.jA)Ö kj k«.Òin] | Ikan keli di dalam apabila air dalam kolam itu makin susut. |
mentekedarah | [m«n.t«.k«.dA.ÒAh] | kata nama | makan banyak dan gelojoh, pelahap. | Bila dapat makan peri, dia mentekedarah tak renti-henti. | [bi.lA dA.pAt mA.kAn p«.Òi di.jA m«n.t«.k«.dA.ÒAh tA/ Ò«n.ti.Ò«n.ti] | Apabila berpeluang makan percuma, dia makan dengan pelahap tanpa henti. |
cungget | [tSuN.get] | kata kerja | berlari atau melarikan diri (dengan pantas). | Bila nampak orang mai kutep utang, dia pon cungget ikot pintu belakang. | [bi.lA nAm.pA/ .ÒAN mAj ku.tep u.tAN di.jA pon tSuN.get i.kot pin.tu b «.lA.kAN] | Apabila ternampak orang mengutip hutang datang, dia pun segera melarikan diri melalui pintu belakang. |
belah daeng | [b«.lAh dAeN] | | membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah dain. | Bila angkat bubu satni kita belah daing semua ikan kita siap-siap. | [bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAeN s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp] | Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera. |
tedahak | [t«.dA.hA/] | kata adjektif | berasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedehak. | Dia rasa tedahak bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak. | [di.jA ÒA.sA t«.dA.hA/ bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/] | Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada. |
belah dain [b«.lAh dAin] | [b«.lAh dAin] | | membelah di bahagian belakang (berkenaan ikan yang hendak dipanggang atau dikeringkan); belah daeng. | Bila angkat bubu satni kita belah dain semua ikan kita siap-siap. | [bi.lA AN.kAt bu.bu sAt.ni ki.tA b«.lAh dAin s«.mu.wA i.kAn ki.tA si.jAp.si.jAp] | Apabila ikan diangkat dari bubu, kita belah belakang kesemuanya dengan segera. |
tedehaq | [t«.d«.hA)Ö] | kata adjektif | berasa kecewa atau hampa kerana tidak mendapat sesuatu yang diharapkan; tedahak. | Dia rasa tedahaq bila bukak tengok periok nasik, bukan takat nasik, kerak pon tak dak. | [di.jA ÒA.sA t«.d«.hA)Ö bi.lA bu.kA/ tE.N/ p«.Òi.jo/ nA.si/ bu.kAn tA.kAt nA.si/ k«.ÒA/ pon tA/ dA/] | Dia merasa hampa apabila dibukanya periuk nasi, jangankan nasi, kerak pun tiada. |
rempong | [Ò«m.poN] | kata kerja | membawa benda atau barangan yang banyak dengan cara memeluk kedua-dua belah tangan, merangkul. | Genap-genap kali dia pi pekan, dia rempung macam-macam barang. | [g«.nAp.g«.nAp kA.li di.jA pi p«.kAn di.jA Ò«m.poN mA.tSAm.mA.tSAm bA.ÒAN] | Setiap kali ke pekan, bila pulang dia merangkul banyak barang. |