Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bim.bing] | بيمبيڠ

Definisi : ; berbimbing; ~ tangan berpegang (tangan), berpimpin, berpandu: ~ tanganlah ia dgn gadis itu; berbimbingan, berbimbing-bimbingan; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama; membimbing 1. memegang tangan dan memandu, memimpin: ia segera keluar ~ anaknya yg rupa-rupanya sakit; 2. ki memberi petunjuk (huraian dll), memimpin: keperluan besar utk ~ pelajar-pelajar sastera ialah buku-buku tentang hakikat puisi dan pengulas-pengulas sajak; agama Islam ~ manusia ke jalan yg benar; bimbingan perbuatan membimbing (memberi petunjuk, huraian, dll), pimpinan: mereka belajar muzik di bawah ~ seorang guru muzik yg terkenal; pembimbing orang yg membimbing, pemandu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bim.bing] | بيمبيڠ

Definisi : ; berbimbing ada yg memimpin; berpegang tangan; berpimpin: Seorang ibu tua telah datang ~ ke pusat pembuangan undi. berbimbingan 1 saling berpegang tangan; bergandingan. 2 bekerjasama; bantu-membantu. membimbing 1 memegang tangan utk memandu; memimpin; menuntun: Seorang pegawai di pusat pembuangan undi telah ~ ibu tua itu ke kotak undi. 2 ki memberikan petunjuk (asuhan, penjelasan dsb); mengasuh; melatih: Dia sendirilah yg ~ anak-anaknya sehingga mereka mencapai kejayaan. bimbingan 1 kata pendahuluan; kata pengantar. 2 petunjuk ttg cara melakukan sesuatu; pimpinan: kelas ~. pembimbing 1 orang yg membimbing; penuntun. 2 sesuatu yg digunakan utk membimbing (spt buku-buku tertentu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bimbing


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rembiang[Ò«m.bi.jAN]kata kerjamembawa sesuatu benda atau barang (yang agak banyak), bimbing, bimbit.Semua sayoq-sayoq tu dia rembiang nak pi juai kat pasar malam.[s«.mu.wA sA.j)Ö.sA.j)Ö tu di.jA Ò«m.bi.jAN nA/ pi dZu.wAj kAt pA.sAÒ mA.lAm]Sayur-sayur itu dibimbit dengan susah-payah untuk dijual di pasar malam.

Kembali ke atas