Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata binatang

Peribahasa

Binatang tahan palu,
     manusia tahan kias.

Bermaksud :

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lekeh[lE.keh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; kemereh.Badan depa adek-beradek lekeh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ lE.keh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
ajok[A.dZo/]kata kerjamengajuk bunyi binatang (burung, kijang, pelanduk, dan rusa) dengan menggunakan sejenis alat tiupan daripada buluh, dekut.Malam ni kita pi ajok sintaq, dapat seratueih ekoq jadila.[mA.lAm ni ki.tA pi A.dZo/ sin.tAâÖ dA.pAt s«.ÒA.tueh E.kâÖ dZA.di.lA]Malam ini kita pergi mengajuk sintar, dapat seratus ekor pun jadilah.
yong[joN]kata kerjamenghalakan, menghalau, menghambat, mengarahkan (binatang ternakan) ke tempat yang dikehendaki (kandang, dan lain-lain).Petang-petang dia yong semua kambin dia masok kandang.[p«.tAN.p«.tAN di.jA joN s«.mu.wA kAm.bin di.jA mA.so/ kAn.dAN]Setiap petang dia menghalau kambingnya masuk ke dalam kandang.
tebok[tE.b/]kata kerjamenanduk, menyondol (bagi binatang yang bertanduk seperti kerbau, lembu dan lain-lain).Tut-tut krebau jantan tu naek minyak, dia pon tebok tuan dia kena betoi tang tulang rusok.[tut.tut kÒ«.bAw dZAn.tAn tu nAe/ mi.øA/ di.jA pon tE.b/ tu.wAn di.jA k«.nA b«.toj tAN tu.lAN Òu.so/]Tiba-tiba kerbau jantan itu naik minyak lalu menanduk tuannya betul-betul kena tulang rusuk.
ngap[NAp]kata kerjamasuk ke dalam mulut (binatang), gigit, baham.Kalu nak bagi makan kat monyet tu, jangan guna tangan, kot dia ngap tangan kita.[kA.lu nA/ bA.gi mA.kAn kAt m.øEt tu dZA.NAn gu.nA tA.NAn kot di.jA NAp tA.NAn ki.tA]Jika hendak menyuap makanan pada monyet tu, jangan menggunakan tangan, nanti ditokaknya tangan kita.
kemereh[k«.mE.rEh]kata adjektifberkenaan orang, binatang yang kurus, kerdil, kecil; lekeh.Badan depa adek-beradek kemereh saja macam kambin hak depa bela jugak.[bA.dAn dE.pA A.de/.b«.ÒA.de/ k«.mE.rEh sA.dZA mA.tSAm kAm.bin hA/ dE.pA b«.lA dZu.gA/]Semua badan adik-beradiknya kurus seperti kambing yang dipelihara oleh mereka.
terentat[t«.Ò«n.tAt]kata adjektifberkenaan tumbuh-tumbuhan, binatang dan lain-lain yang tidak boleh menjadi besar, berbantut, terganggu dan lain-lain.Pokok derian tu terentat pasai tak cukop bagi baja.[p.k/ d«.Òi.jAn tu t«.Ò«n.tAt pA.sAj tA/ tSu.kop bA.gi bA.dZA]Pokok durian itu tidak membesar dengan sempurna kerana tidak diberi baja yang cukup.
sangloq[sAN.l)Ö]kata kerjakeguguran atau kematian anak dalam kandungan (binatang).Lembu betina tu baru sangloq, jadi tuan dia tak jadi nak sembeleh.[l«m.bu b«.ti.nA tu bA.Òu sAN.l)Ö dZA.di tu.wAn di.jA tAk dZA.di nA/ s«m.b«.lEh]Lembu betina itu baru keguguran, jadi tuannya tidak mahu menyembelihnya.
mencalai[m«n.tSA.lAj]kata kerjasambil berlari, melompat dengan cara luar biasa (tentang binatang seperti kerbau, lembu) kerana cemas, terperanjat, mengelak sesuatu dan lain-lain.Kerebau tu mencalai pasai anjin ligan dia.[k«.Ò«.bAw tu m«n.tSA.lAj pA.sAj An.dZin li.gAn di.jA]Kerbau itu berlari sambil melompat-lompat kerana dikejar anjing.
cat[tSAt]kata namapasung tempat memerah susu dan juga menjadi tempat untuk memeriksa atau mengubati binatang (kerbau, lembu dan lain-lain)Bawak lembu tu masok cat, satni dokto hewan nak mai pereksa.[bA.wA/ l«m.bu tu mA.so/ tSAt sAt.ni do/.to hE.wAn nA/ mAj p«.ÒE/.sA]Bawalah lembu masuk ke pasung, doktor haiwan akan datang memeriksanya sebentar lagi.
12

Kembali ke atas