Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1. bunyi yg memekakkan telinga, riuh, hingar: ~ sungguh bunyi kedua-duanya bertengkar; walaupun begitu ~ kereta api bergerak, hatinya tidak bimbang; 2. pekak telinga (kerana riuh dll): ~ telingaku;membising berbunyi bising: dr rumah kedengaran bunyi gelak ~; membisingi menyebabkan bising pd seseorang: bapanya selalu ~ ibunya;membisingkan menyebabkan bising; kebisingan perihal bising. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.sing] | بيسيڠ

Definisi : 1 suara atau bunyi yg menyebabkan tidak dpt mendengar dgn jelas: Kita tidak boleh berbuat ~ di perpustakaan. 2 berasa seakan-akan pekak kerana mendengar bunyi yg riub-rendah: ~ telingaku mendengar pekikanmu tadi. membising membuat bising; berbunyi bising. membisingkan menyebabkan bising. kebisingan keadaan bising; keriuhan: ~ yg dibuat oleh orang yg merayakan sesuatu perayaan itu dpt mengganggu tetangga dan orang lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bising

Peribahasa

Kucing lalu,
     tikus tiada berdecit lagi.

Bermaksud :

Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hoya[ho.jA]kata kerjamembuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya.Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa.[bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.ҍ.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA]Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka.
bicau[bi.tSAw]kata adjektifbecok atau bising kerana bercakap banyak.Mulot dia bicau dok cerita pasai menantu dia.[mu.lot di.jA bi.tSAw do/ tS«.Òi.tA pA.sAj m«.nAn.tu di.jA]Mulutnya becok menceritakan kisah menantunya.
merudom II[m«.Òu.dom]kata kerjaberlari-lari, bergomol dan lain-lain hingga menyebabkan bising (terutama dalam rumah).Budak-budak tu suka merudom ataeh rumah, tok wan nak tidoq pon tak buleh.[bu.dA/.bu.dA/ tu su.kA m«.Òu.dom A.tAeh Òu.mAh to/ wAn nA/ ti.d)Ö pon tA/ bu.leh]Budak-budak itu suka berlari-lari di atas rumah, sehingga datuk mereka tidak boleh tidur.
jerap I[dZ«.ÒAp]kata adjektifberkenaan tidur yang lelap, nyenyak, jendera, cendera.Kalu tidoq jerap, hingaq pi la macam mana pon dia tak jaga.[kA.lu ti.d)Ö dZ«.ÒAp hi.NA)Ö pi lA mA.tSAm mA.nA pon di.jA tA/ dZA.gA]Kalau tidurnya sudah nyenyak, dia tidak mudah terjaga walaupun bising.

Kembali ke atas