Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.moh] | بوموه

Definisi : tabib yg mengubati orang sakit dgn menggunakan ubat tradisional atau cara kampung dan jampi-jampi, pawang, dukun; ~ mencari orang sakit prb orang yg menawarkan diri dgn tidak diminta; berbomoh menggunakan khidmat bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb;berbomoh-bomoh menggunakan khidmat beberapa bomoh utk mengubati penyakit, menyihir, mencelakakan, dsb: ada yg sampai ~ utk menundukkan lawannya; kebomohan perihal berubat secara tradisional dgn bomoh atau dukun; perbomohan yg berkaitan dgn bomoh (amalannya, selok-belok kerjanya, dsb): kepercayaan warisan spt magis dan ~; memperoleh kepakaran dlm ilmu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.moh] | بوموه

Definisi : orang yg mengubati orang sakit dgn menggunakan jampi serapah atau ramuan saja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bomoh

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.


Lihat selanjutnya...(3)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
lam[lAm]kata namaorang perantaraan yang memahami bahasa atau isyarat yang digunakan oleh bomoh ketika menurun, jurucakap semasa dukun menurun.Kalu tak dak lam, kita tak reti apa hak bomo menuron kata.[kA.lu tA/ dA/ lAm ki.tA tA/ Ò«.ti A.pA hA/ b.m m«.nu.Òon kA.tA]Kalau tidak ada orang perantaraan, kita tidak akan memahami apa-apa yang dikatakan oleh bomoh yang menurun.

Kembali ke atas