Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bo.san] | بوسن

Definisi : sudah tidak suka lagi, jemu, boyak: saya sudah ~ makan daging;membosankan menjadikan (mendatangkan rasa) bosan, menjemukan: pidato-pidato serupa ini sangat ~;kebosanan 1. perihal bosan, kejemuan, keboyakan: ~ akan lakinya mulai timbul sesudah dia jatuh sakit; 2. Jk ekenyangan;pembosan mudah (lekas) bosan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bo.san] | بوسن

Definisi : sudah tidak suka atau tidak gemar lagi; jemu: Saya ~ mendengar cerita-cerita karut drpd engkau. membosankan menyebabkan menjadi bosan; menimbulkan perasaan bosan: Perbualannya yg itu-itu juga sungguh ~. kebosanan rasa atau keadaan bosan. pembosan orang yg lekas atau mudah berasa bosan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bosan


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bengang[b«.NAN]kata adjektifbosan tidak selesa, tidak seronok dengan sesuatu situasi.Aku dah naek bengang dok kat sini, haram satu pon tak jadi.[A.ku dAh nAE/ b«.NAN do/ kAt si.ni hA.ÒAm sA.tu pon tA/ dZA.di]Aku berasa bosan di sini, apa-apa kerja pun tidak menjadi.

Kembali ke atas