Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1 bahagian yg keras pd tempat pertemuan dua ruas buluh, tebu dsb; bahagian hujung dan pangkal ruas tulang yg berbonggol. 2 ketul atau butir yg kecil-kecil, spt garam: Ahmad menghancurkan ~-~ tanah itu dgn cangkul. 3 penjodoh bilangan utk benda yg berbutir atau berketul: se~ garam; se~ tanah. ~ bahu sendi antara bahu dgn lengan. ~ benang kayu dll tempat benang dililitkan; gelendong. ~ jari tulang sendi pd jari. ~ kaki (lali) tulang yg berbonggol pd pergelangan kaki. ~ lima a. genggaman tangan. b. sj senjata drpd besi yg digenggam apabila menggunakannya. berbuku 1 ada bukunya: Buluh mana yg tidak ~? 2 berbongkah-bongkah kecil: Tepung ini sudah ~ kerana terlalu lama. membuku menjadi bongkah-bongkah kecil; menjadi berbuku. terbuku ki mengganggu perasaan dlm hati: Segala yg ~ dlm hatinya diceritakannya kpd kakaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : berhelai-helai kertas berjilid yg berisi tulisan utk dibaca atau berisi ruangan-ruangan kosong utk ditulisi; kitab: Di atas mejanya, tersusun ~ rujukan yg tebal-tebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buku

Puisi
 

Jika adinda makan gelagah,
     Beri kami buku-bukunya;
Jika adinda beranak tengah,
     Bagi kami buku bongsunya.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Kenal dadanya,
     tak kenal mukanya (= rupanya).

Bermaksud :

Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nanai[nA.nAj]kata namaamai-anai, semut putih.Buku-buku dalam lemari rumah dia abeh kena geret nanai.[bu.ku.bu.ku dA.lAm l«.mA.Òi Òu.mAh di.jA A.deh k«.nA g«.Òet nA.nAj]Semua buku dalam almari di rumahnya musnah dimakan anai-anai.
buku bemban[bu.ku b«m.bAn] sejenis simpulan hujung tali untuk menghubungkannya dengan hujung tali yang lain (buku bemban dimasukkan ke dalam lubang simpulan pas).Dia sambong tali anak lembu tu nak bagi panjang pakai ikat buku bemban.[di.jA sAm.boN tA.li A.nA/ l«m.bu tu nA/ bA.gi pAn.dZAN pA.kAj i.kAt bu.ku b«m.bAn]Dia menyambung tali anak lembu tu supaya panjang dengan menggunakan ikatan buku bemban.
koliaq[k.li.jA)Ö]kata kerjamerosakkan, menggaris, melakar, mencakar tulisan atau buku dengan dakwat atau arang, menconteng.Budak tu kena marah pak dia pasai koliaq buku kak dia sampai tak buleh baca.[bu.dA/ tu ke.nA mA.ÒAh pA/ di.jA pA.sAj k.li.jA)Ö bu.ku kA/ di.jA sAm.pAj tA/ bu.leh bA.tSA]Budak itu dimarahi ayahnya kerana menconteng buku kakaknya sehingga tidak boleh dibaca lagi.
pulun[pu.lun]kata adjektifmelakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh (biasanya dengan tujuan mengejar waktu); kampoi II.Dia pulun baca buku nak paih pereksa.[di.jA pu.lun bA.tSA bu.ku nA/ pAih p«.ÒE/.sA]Dia bersungguh-sungguh membaca buku kerana hendak lulus periksa.
idap[i.dAp]kata adjektifasyik atau leka.Dia dok idap tengok tb, sampai lupa nak baca buku.[di.jA do/ i.dAp tE.N/ ti.bi sAm.pAj lu.pA n/ bA.tSA bu.ku]Dia leka menonton tv, sehingga lupa hendak membaca buku.
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.
karau[kA.ÒAw]kata kerja1. menggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; kampoi II.Pi cepat karau wau tu, ari dah nak ujan.[pi tS«.pAt kA.ÒAw wAw tu A.Òi dAh nA/ u.dZAn]Pergi segera tarik tali wau itu kerana hari hendak hujan.
kampoi II[kAm.poj]kata kerjamenggulung, melilit, menarik atau mengumpul sesuatu yang panjang (seperti benang, tali dan lain-lain) sedikit demi sedikit secara berterusan pada buku benang; karau.Lepaeh dia karau tali wau tu, dia kampul kat pot susu.[l«.pAEh di.jA kA.ÒAw tA.li wAw tu di.jA kAm.poj kAt pt su.su]Selepas ditarik turun tali layang-layang itu, dililitnya pada tin susu kosong.

Kembali ke atas