inaeh | [i.nAEh] | kata nama | buluh kecil yang diletakkan di kedua-dua hujung daun ibus pendengung wau untuk mencekangkan daun tersebut supaya boleh mengeluarkan dengungnya apabila bersentuhan dengan angin. | Batang buloh cina buleh buat inaeh wau merak. | [bA.tAN bu.loh tSi.nA bu.leh bu.wAt i.nAEh wAw m«.ÒA/] | Batang buluh cina boleh dibuat inas dengung wau merak. |
bakoi lau | [bA.koj lAw] | | sejenis bakul buluh untuk mengisi padi. | Depa simpan padi dalam bakoi lau. | [dE.pA sim.pAn pA.di dA.lAm bA.koj lAw] | Mereka menyimpan padi di dalam bakul lau. |
tiu | [ti.ju] | kata nama | tanda daripada batang buluh, kayu kecil, kertas dan lain-lain (berupa garis, simpul, takik dan lain-lain) yang dibuat pada masa menghitung supaya jangan silap. Biasanya untuk menghitung guni padi yang diangkut, gundal. | Kalu tiu seratuih bilah, padi pon seratuih guni. | [kA.lu ti.ju s«.ÒA.tuih bi.lAh pA.di pon s«.ÒA.tuih gu.ni] | Kalau gundal seratus, padi pun seratus guni. |
remban | [Ò«m.bAn] | kata nama | batang kayu kecil (buluh dan lain-lain) yang dipasang pada titi dan lain-lain sebagai pemegang ketika meniti. | Titi tu depa guna batang nyoq sebatang lepaeh tu depa letak remban kat titi tu bagi orang pegang masa depa guna titi tu. | [ti.ti tu dE.pA gu.nA bA.tAN ø)Ö s«.bA.tAN l«.pAEh tu dE.pA l«.tA/ Ò«m.bAn kAt ti.ti tu bA.gi .ÒAN p«.gAN mA.sA dE.pA gu.nA ti.ti tu] | Titi yang dibina dengan menggunakan batang pokok kelapa itu dipasang remban sebagai pemegang untuk memudahkan orang menitinya. |
cerok I | [tS«.Ò/] | kata nama | bekas daripada batang buluh yang digunakan semasa memerah susu (lembu, kambing). | Pegang cerok kuat-kuat jangan bagi susu tumpah. | [p«.gAN tS«.Ò/ ku.wAt.ku.wAt dZA.NAn bA.gi su.su tum.pAh] | Pegang bekas susu itu dengan cermat supaya susunya tidak tumpah. |
cekam | [tS«.kAm] | kata nama | alat menanam padi yang dibuat daripada buluh yang digunakan di sawah, (tugal ialah alat untuk menanam padi huma). | Kalu pakai cekam, tiap-tiap taon kena buat baru, kuku kambin tahan sampai bila-bila. | [kA.lu pA.kAj tS«.kAm ti.jAp.ti.jAp tAon k«.nA bu.wAt bA.Òu ku.ku kAm.bin tA.hAn sAm.pAj bi.lA.bi.lA] | Kuku kambing yang diperbuat daripada besi lebih tahan lama jika dibandingkan dengan cekam. |
angin-angin | [A.Nin.A.Nin] | kata nama | kipas pusing yang dibuat daripada buluh, papan, upih, kertas dan sebagainya yang digerakkan oleh angin untuk mainan, baling-baling. | Kalu nak tengok angin-angin pusin ligat kenala tunggu masa angin kuat. | [kA.lu nA/ tE.N/ A.Nin.A.Nin pu.sin li.gAt k«.nA.lA tuN.gu mA.sA A.Nin ku.wAt] | Kalau hendak melihat baling-baling berpusing laju tunggulah semasa angin bertiup kencang. |
cam | [tSAm] | kata nama | sejenis alat mengangkat tanah, (pasir dan sebagai) dibuat daripada rotan atau bilah buluh dan sebagai. Bentuknya terbuka dan mempunyai birai sebagai pemegang (kadang-kadang ada telinga), pongkes. | Kalu nak gotong-royong kita kena sedia banyak cam, nak buat angkot sampah. | [kA.lu nA/ g.tN.Ò.jN ki.tA k«.nA s«.di.jA bA.øA/ tSAm nA/ bu.wAt AN.kot sAm.pAh] | Untuk bergotong-royong, kita mesti menyediakan pongkes yang banyak untuk mengangkut sampah. |
ajok | [A.dZo/] | kata kerja | mengajuk bunyi binatang (burung, kijang, pelanduk, dan rusa) dengan menggunakan sejenis alat tiupan daripada buluh, dekut. | Malam ni kita pi ajok sintaq, dapat seratueih ekoq jadila. | [mA.lAm ni ki.tA pi A.dZo/ sin.tAâÖ dA.pAt s«.ÒA.tueh E.kâÖ dZA.di.lA] | Malam ini kita pergi mengajuk sintar, dapat seratus ekor pun jadilah. |
merenyau | [m«.Ò«.øAw] | kata adjektif | 1. merasa gatal yang menyerap ke seluruh badan, miang. | Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau. | [l«.pAEh sE.pA k«.lu.wA)Ö u.tAn bu.loh tu bA.dAn sE.pA ÒA.sA m«.Ò«.øAw] | Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal. |