Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.nyi] | بوڽي

Definisi : 1 sesuatu yg dpt didengar selain suara manusia: ~ enjin kapal terbang itu membingitkan telinga. 2 laras atau tingkatan nada alat bunyi-bunyian atau suara orang bernyanyi: Merdu sungguh ~ gesekan biolanya. 3 bacaan drpd yg tertulis: Tolong baca bagaimana ~ surat itu. 4 cara menyebut atau cara mengucapkan sesuatu; lafaz: Dlm bahasa Jepun, ~ n dan ng tidak berbeza. berbunyi 1 mengeluarkan bunyi: Bertepuk tangan sebelah, takkan ~. 2 mengandungi sesuatu (ttg isi surat dsb): Antara lain, surat itu ~ begini. membunyikan 1 melakukan sesuatu spt memetik biola dsb supaya berbunyi; menjadikan berbunyi: Apabila emaknya sakit kepala, ia tidak pernah ~ radio. 2 menyebut tulisan; melafazkan: Orang di Malaysia atau di Indonesia ~ huruf mengikut sistem ejaan baru. bunyi-bunyian alat spt seruling dll yg digunakan utk mengeluarkan bunyi yg berlagu; alat-alat muzik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bunyi

Puisi
 

Bunyi pungguk Kuala Sipitang,
     Pungguk tidak berbayang tinggi;
Jangan pula abang datang,
     Abang tidak bermalam sini.


Lihat selanjutnya...(32)
Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang,
     setengah bagai bunyi kuau.

Bermaksud :

Pendapat yang bermacam-macam.

 

Lihat selanjutnya...(38)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
merapak[m«.ÒA.pA/]kata adjektifberkenaan bunyi yang riuh rendah, rancak.Apa bunyi merapak kat luaq tu, aku nak tidoq pon tak buleh.[A.pA bu.øi m«.ÒA.pA/ kAt lu.wA)Ö tu A.ku nA/ ti.d)Ö pon tA/ bu.leh]Apa bunyi riuh rendah di luar tu, aku hendak tidur pun tak boleh.
merengoh[m«.Ò«.Nh]kata kerjaberbunyi seperti bunyi lembu, mengeboh.Hak bunyi merengoh kat belakang rumah tu lembu pak Mat la tu.[hA/ bu.øi m«.Ò«.Nh kAt b«.lA.kAN Òu.mAh tu l«m.bu pA/ mAt lA tu]Yang selalu mengemboh di belakang rumah tu lembu pak Matlah.
cang[tSAN]kata namabahagian atau permukaan yang lebih kecil pada sebuah gendang silat, daripada kulit lembu. Bahagian yang besar dipanggil bam.Bunyi gendang belah cang tu deraeh, bunyi gendang belah bam pelan sikit.[bu.øi g«n.dAN b«.lAh tSAN tu d«.ÒAeh bu.øi g«n.dAN b«.lAh bAm p«.lAn si.kit]Bunyi gendang di bahagian cang lebih kuat daripada bahagian bam.
kelepang[k«.l«.pAN]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh seperti tin, loyang dan sebagainya di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pAN A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
kelepang[k«.l«.pA)N]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh (seperti tin, loyang dan sebagainya) di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pA)N A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
deraeh[d«.ÒAEh]kata adjektifberkenaan bunyi, suara yang kuat.Bagi deraeh sikit sora hang tu.[bA.gi d«.ÒAEh si.kit s.ÒA hAN tu]Kuatkan sedikit suara awak itu.
ajok[A.dZo/]kata kerjamengajuk bunyi binatang (burung, kijang, pelanduk, dan rusa) dengan menggunakan sejenis alat tiupan daripada buluh, dekut.Malam ni kita pi ajok sintaq, dapat seratueih ekoq jadila.[mA.lAm ni ki.tA pi A.dZo/ sin.tAâÖ dA.pAt s«.ÒA.tueh E.kâÖ dZA.di.lA]Malam ini kita pergi mengajuk sintar, dapat seratus ekor pun jadilah.
merudum I[m«.Òu.dom]kata namaberbunyi kuat.Awat bunyi merudum kat luaq tu?[A.wAt bu.øi m«.Òu.dom kAt lu.wA)Ö tu]Apakah yang berbunyi kuat di luar tu?
betanak[b«.tA.nA/]kata adjektifberkenaan suara yang nyaring, kuat.Sora Saleh sedap betoi masa bang, bunyi dia betanak.[s.ÒA sA.leh s«.dAp b«.tj mA.sA bAN bu.øi di.jA b«.tA.nA/]Suara Saleh memang lunak sewaktu azan, bunyinya nyaring.

Kembali ke atas