Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1. berbau tidak sedap (kerana sudah buruk dll): bangkai yg sudah ~; bau ~; 2. jahat, dengki, khianat; ~ budi tidak baik budi; ~-bangar = ~-lahak sangat busuk; ~ hati jahat hati; ~ kohong Kl sangat busuk; ~ mulut a) nafas berbau tidak sedap; b) suka memaki (memakai perkataan yg kotor-kotor); ~ tak tahu dibaunya prb tidak insaf akan kekurangan dirinya; mana ~ yg tiada berbau prb tiap perbuatan jahat lambat-laun akan ketahuan juga; telah ~ maka dipeda prb sudah terlambat baru dikerjakan; membusuk menjadi busuk: benda-benda organik yg mereput atau ~ spt longgokan sampah;membusukkan 1. menjadikan busuk: cara membuat baja itu ialah mencampurkan tahi lembu dgn rumput atau daun-daun yg dibusukkan; 2. memburukkan (orang dll), memfitnah, mencelakan: dialah yg ~ nama gurunya; tak guna ~ kawan sendiri;kebusukan 1. perihal busuk (berbau tidak sedap): mereka tidak tahan menghidu ~ sampah sarap di situ; 2. perihal busuk (hati): dia tidak mahu memperlihatkan ~ hatinya;pembusukan perihal membusukkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bu.su/] | بوسوق

Definisi : 1 buruk atau rosak dan mengeluarkan bau yg tidak sedap: Segala jenis bangkai hendaklah ditanam sebelum ~. 2 tidak menyenangkan (bkn bau sesuatu): Baunya ~ spt bau bangkai. 3 tidak baik atau tidak jujur (ttg perangai); jahat: Kerana kecurangannya, pemuda itu telah mendapat nama yg ~. ~ bangar (lahak) sangat busuk baunya. ~ budi tidak elok perangainya. ~ hati jahat hatinya. ~ mulut a. nafasnya berbau busuk. b. suka mengata-ngatai orang atau suka menuturkan kata yg kotor-kotor. membusuk menjadi busuk: Bangkai itu telah mula ~. membusukkan 1 membuat jadi busuk; membiarkan menjadi busuk: Mereka ~ campuran tahi lembu dan daun-daunan itu dlm sebuah lubang. 2 menyebabkan berbau busuk: Kentutnya ~ udara di bilik itu. 3 menyebabkan menjadi busuk; mengaibkan: Kalau engkau berbuat begitu, engkau akan ~ nama keluargamu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata busuk

Puisi
 

Tikar pucuk tikar mengkuang,
     Tempat nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
     Buat perencah si daun kayu.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Busuk yang tak tahu dibaunya.

Bermaksud :

Orang bodoh atau miskin yang tiada tahu akan kekurangan dirinya. (Peribahasa lain yang sama makna: Buruk tak tahu akan hinanya).

 

Lihat selanjutnya...(27)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengaum[m«.NAum]kata adjektifbau busuk yang amat sangat.Bangkai tikuih tu busok mengaum bau dia.[bAN.kAj ti.kuih tu bu.so/ m«.NAum bAw di.jA]Bangkai tikus itu berbau sangat busuk.
acaq[A.tSAâÖ]kata namatakungan air kotor, biasanya di luar rumah sebelah dapur, limbahan.Bau acaq tepi rumah tu busuk.[bAw A.tSAâÖ t«.pi Òu.mAh tu bu.su/]Bau limbahan di tepi rumah itu busuk.
sanan[sA.nAn]kata namasejenis bau busuk (badan), kesak.Sanan kat badan dia tu terok sunggoh, buboh minyak esen banyak mana pon tak buleh hilang.[sA.nAn kAt bA.dAn di.jA tu t«.Òo/ suN.goh bu.boh mi.øA/ E.sEn bA.øA/ mA.nA pon tA/ bu.leh hi.lAN]Bau busuk di badannya sangat kuat, walaupun badannya banyak dibubuh minyak wangi baunya tidak hilang.
lasu[lA.su]kata adjektifberkenaan buah-buahan atau sayur-sayuran yang terlalu masak hingga hampir busuk, layu.Buah hak depa makan nak maneh silut, pasai buah tu dah lasu.[bu.wAh hA/ dE.pA mA.kAn nA/ mA.neh si.lut pA.sAj bu.wAh tu dAh lA.su]Buah yang dimakan oleh mereka itu agak masam sedikit kerana buah itu sudah lasu.
telinga buntin[t«.li.NA bun.tin] telinga yang bernanah kerana dimasuki air dan lain-lain, torek.Busok sunggoh telinga buntin hang ni.[bu.so/ suN.goh t«.li.NA bun.tin hAN ni]Sungguh busuk telinga engkau yang bernanah itu.

Kembali ke atas