Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bekas air yg besar perutnya (dibuat drpd tanah liat); mak ~ a) (gelaran yg biasanya dirujuk bagi) perempuan hamil; b) ibu ayam, muncikari; pecah ~ tempayan ada prb laki-laki atau perempuan tidak seorang sahaja (hilang yg satu ada gantinya yg lain); berbuyung-buyung banyak buyung: setiap hari dia menyimpan air minuman ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj bekas air yg besar perutnya dan biasanya dibuat drpd tanah liat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata buyung I

Puisi
 

Itik tuk tanjung,
     Ambil benang buat koyak;
Adik putih ngelek buyung,
     Kacip pinang abang sepiak.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Mulut buyung dapat dipendam,
     mulut manusia siapa dapat menutup.

Bermaksud :

Rahsia yang sudah diketahui orang akan tersiar ke mana-mana. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mulut tabuh dapat disumbat, mulut orang bagaimana menyumbatnya, b. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia bagaimana menutupnya).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buyong[bu.joN]kata namahari keempat selepas esok (esok, lusa, tulat, tubin, buyung).Hang tok sah dok tunggula, isok, lusa, tulat, tubin, buyong pon dia tak mai bayaq utang hang.[hAN to/ sAh do/ tuN.gu.lA i.so/ lu.sA tu.lAt tu.bin bu.joN pon di.jA tA/ mAj bA.jAâÖ u.tAN hAN]Tidak usahlah ditunggu sehingga empat lima hari, dia tidak akan membayar hutang awak.
jerap II[dZ«.ÒAp]kata kerjamenyerap, meresap atau telus (air dan lain-lain).Ayaq dalam buyong tu jerap keluaq.[A.jA)Ö dA.lAm bu.joN tu dZ«.ÒAp k«.lu.wA)Ö]Air di dalam buyung itu menyerap keluar.
bulang[bu.lAN]kata kerjamelilit sesuatu benda tajam (pisau, pedang, jarum dan lain-lain) dengan menggunakan sesuatu (kain, tali, benang dan lain-lain) dari hulu ke matanya hingga tinggal sedikit sahaja.Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu.[k«.nA.lA bu.lAN du.lu pi.sAw hA/ nA/ bu.wAt lu.keh.lu.keh A.tAEh bu.joN tA.nAh l«m.be/ tu]Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu.

Kembali ke atas