Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : terlalu banyak bercakap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1. moden dan kompleks (alat), sofistikated: walau bagaimanapun ~ peralatan yg dipunyai oleh sesuatu badan, selagi yg mengerjakannya tidak menguasai bidang yg mahu diusahakan, maka selagi itulah timbul kesalahan; 2. hebat, menarik, moden (bangunan, pakaian, dll): Liyana kelihatan begitu ~; 3. tugas dgn berkesan, sesuai dgn perkembangan masa: wanita ~; mencanggihkan menjadikan seseorang atau sesuatu (teknologi, peralatan, pakaian, dll) canggih; kecanggihan perihal (sifat, keadaan, dsb) canggih: ~ senjata-senjata moden sangat dikagumi oleh banyak pihak; pencanggihan perbuatan mencanggihkan sesuatu: peluasan dan ~ jurnalisme berbahasa Melayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[cang.gih] | چڠݢيه

Definisi : 1 moden dan kompleks (bkn alat, mesin dsb); sofistikated: komputer yg ~. 2 menarik, hebat dan moden (bkn bangunan, pakaian dll): Bangunan baru itu sangat ~. 3 berpengalaman dan berpengetahuan dr segi keduniaan; mengikut perkembangan zaman: wanita yg ~. mencanggihkan menjadikan canggih: Mereka berusaha ~ ciptaan mereka. kecanggihan keadaan atau sifat canggih: ~ kereta yg dipamerkan itu menarik perhatian orang ramai. pencanggihan perbuatan atau hal mencanggihkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata canggih


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
cengeh[tSE.NEh]kata adjektifberkenaan perlakuan, pakaian yang hebat, bergaya, canggih.Amboi, bila hang pakai kot tu betoi-betoi cengeh.[Am.boj bi.lA hAN pA.kAj kot tu b«.toj.b«.toj tSE.NEh]Amboi, sungguh hebat bila engkau memakai kot itu.
pukai II[pu.kAj]kata adjektifberkenaan ucapan, percakapan dan sebagainya yang bernas, berisi, tepat dan canggih.Ustad tu cakap pukai sunggoh, apa hak dia kata semua betoi.[us.tAd tu tSA.kAp pu.kAj suN.goh A.pA hA/ di.jA kA.tA s«.mu.wA b«.toj]Ucapan ustaz itu sungguh bernas, apa yang diperkatakannya itu semuanya tepat dan betul.

Kembali ke atas