Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ce.li/] | چليق

Definisi : 1. (bkn mata) terbuka: semalaman itu matanya ~ sahaja, sedikitpun tidak mahu lelap; 2. = ~ mata sedar (insaf) atau timbul kesedaran (keinsafan): baru ~ mata orang Melaka; 3. boleh melihat, tidak buta; 4. ki (bkn matahari) terbit atau keluar: dr ~ matahari hinggalah ke malam; 5. kenal akan yg benar (betul): akal yg ~; hati yg ~; ~ budaya dapat memahami dan menghayati hakikat budaya: peningkatan pengetahuan menimbulkan kesedaran ke arah ~ budaya di kalangan masyarakat Amerika; ~ komputer pandai atau tahu menggunakan kom­puter; mencelikkan 1. = ~ mata membuka mata; 2. ki menyedarkan, menginsafkan: sudah tiba masanya orang-orang kampung itu dicelikkan; tercelik sl dapat dilihat, kelihatan, tampak: sekali digosoknya, tiga empat panau ~; kecelikan perihal atau keadaaan dapat menyedari, mengetahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: rancangan ini mampu mempertingkatkan tahap ~ seni di kalangan masyarakat umum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : sj ikan laut, Megalaspis cordyla; ~ mata sj ikan laut, Pomadasys maculatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ce.li/] | چليق

Definisi : 1 terbuka (ttg mata): Ia tidak dpt tidur, matanya ~ sepanjang malam. 2 dpt melihat; tidak buta. 3 terbit atau keluar (ttg matahari). 4 ki sedar: Sejak peristiwa itu, barulah ia ~ ttg nasib bangsanya. ~ budaya dpt memahami dan menghayati budaya (sesuatu bangsa dsb). ~ huruf dpt membaca dan menulis. mencelikkan 1 membuka (mata); menjadikan celik. 2 ki menyedarkan: Kejayaan beliau itu telah ~ orang-orang kampungnya ttg betapa pentingnya anak-anak diberi pelajaran tinggi. kecelikan keadaan menyedari, menge­tahui atau memahami sesuatu perkara, suasana dsb: Rancangan ini dpt meningkat­­kan ~ seni di kalangan masya­rakat umum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata celik

Peribahasa

Bungkuk (bongkok) baru betul.

Bermaksud :

Angkuh dan sombong kerana beroleh kekayaan atau pangkat. (Peribahasa lain yang sama makna: Buta baru celik [= melihat]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
derisip[d«.Òi.sip]kata namaterbuka tetapi tidak dapat melihat (tentang mata), buta celik.Patotla dia tak lintas-lintas jalan tu dia tu derisip.[pA.tot.lA di.jA tA/ lin.tAEh.lin.tAEh dZA.lAn tu di.jA tu d«.Òi.sip]Dia tidak melintas langsung jalan itu kerana buta celik.
kelippok[k«.lip.p/]kata kerjapejam celik berulang kali (kerana terperanjat, kehairanan, ketakutan atau bersikap acuh tak acuh), terkebil-kebil, terkedip-kedip.Masa mak dia dok beletiaq, mata dia dok kelippok-kelippok saja.[mA.sA mA/ di.jA do/ b«.lE.ti.jA)Ö mA.tA di.jA do/ k«.lip.p/.k«.lip.p/ sA.dZA]Pada masa ibunya berleter, dia hanya mendiamkan diri sambil matanya terkebil-kebil berulang kali.

Kembali ke atas