perat | [p«.ÒAt] | kata adjektif | berkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; kesaq. | Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau perat badan hang tu hilang. | [tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAw p«.ÒAt bA.dAN hAN tu hi.lAN] | Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang. |
kesaq | [k«.sA)Ö] | kata adjektif | berkenaan bau keringat atau peluh yang semula jadi, hamis, hapak, hangit; perat. | Cuba hang makan kulet limau nipeh, amai selalu, lama-lama bau kesaq badan hang tu hilang. | [tSu.bA hAN mA.kAn ku.let li.mAw ni.peh A.mAj s«.lA.lu lA.mA.lA.mA bAu k«.sA)Ö bA.dAN hAN tu hi.lAN] | Cuba engkau amalkan memakan kulit limau nipis, lama-kelamaan tentu bau tengik badan engkau itu hilang. |
kepah | [k«.pAh] | kata kerja | mengusik dengan cara memekik dari arah yang tidak disedari (dari belakang), terjah, sergah. | Hang jangan cuba kepah tok Mah bidan tu satni dia latah, mampoeh hang. | [hAN dZA.NAn tSu.bA k«.pAh to/ mAh bi.dAn tu sAt.ni di.jA lA.tAh mAm.poeh hAN] | Kamu jangan selalu mengusik tok Mah bidan itu kalau dia melatah, nahas engaku. |
merenyeh | [m«.ÒE.øEh] | kata kerja | mengorat, menggatal, merenyam. | Dia dok merenyeh kat budak betina tu, tapi budak betina tu buat dak saja. | [di.jA do/ m«.ÒE.øEh kAt bu.dA/ b«.ti.nA tu tA.pi bu.dA/ b«.ti.nA tu bu.wAt dA/ sA.dZA] | Dia cuba mengorat budak perempuan itu, tapi budak perempuan itu tidak pedulikannya. |
pokah | [p.kAh] | kata kerja | terbuka, bongkar, bungkah, kopak, memecahkan. | Dia marah sunggoh pasai gelong dia kena pokah, entah sapa buat kianat kat dia. | [di.jA mA.ÒAh suN.goh pA.sAj g«.loN di.jA k«.nA p.kAh «n.tAh sA.pA bu.wAt kiA.nAt kAt di.jA] | Dia amat meradang kerana gelung sawahnya terbongkar entah siapalah yang cuba mengkhianatinya. |
periat | [p«.Òi.jAt] | kata kerja | menduga, mengagak, meneka, meramal, serkap jarang. | Mokalu hang tak reti, hang dok sengap sudah la, jangan la nak periat pulak. | [m.kA.lu hAN tA/ Ò«.ti hAN do/ s«.NAp su.dAh lA dZA.NAn lA nA/ p«.Òi.jAt pu.lA/] | Kalau kamu tidak tahu, diam sajalah, jangan cuba meneka. |
cong | [tSN] | kata kerja | 1. bercakap-cakap atau menceritakan sesuatu dengan cara menokok tambah dan kadang-kadang boleh jadi berbohong, auta atau temberang. | Pasai kapai trebang, hang tok sah cong kat Osman, dia besa kreja Tentera Udara. | [pA.sAj kA.pAj tÒ«.bAN hAN to/ sAh tSN kAt os.mAn di.jA bE.sA kÒ«.dZA t«n.t«.ÒA u.dA.ÒA] | Kamu jangan cuba temberang tentang kapal terbang kepada Osman, sebab dia pernah berkhidmat sebagai anggota Tentera Udara. |