Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1. isi (pd manusia atau binatang) di antara kulit dgn tulang: ~ lembu; ~ kambing; ~ paha daging pd paha; 2. isi buah yg lembut (bahagian di antara kulit dgn biji buah): buah embacang itu tebal ~nya; 3. tubuh manusia (sbg imbangan jiwa dan batin); ~ asap daging yg dikeringkan dan diawet dgn asap; ~ asin daging yg digarami; ~ basah da­ging yg baru (dr binatang yg baru disem­belih); ~ batang pinang daging (lembu, kerbau dsb) lem­but dan kurang lemak (berkualiti tinggi) drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha; ~ kain susunan be­nang pd kain; ~ kancing hujung daging yg keras dan liat; ~ menempel ketuat, mata ikan; bangau, bangau minta aku leher, badak, badak minta aku ~ prb iri hati melihat ke­lebihan orang lain; sebusuk-busuk ~, dikincah dimakan juga prb membersihkan nama kaum kerabat drpd celaan; berdaging 1. mempunyai daging, gemuk; 2. ki kaya; (sudah) tidak ~ lagi sudah kurus benar atau sudah jatuh miskin; mendaging 1. menjadi (spt) daging: isi duri­an itu sudah mula ~ ayam; 2. mulai sembuh (bkn luka dsb): lukanya sudah mula ~; terdaging 1. sampai ke daging (bkn hirisan dsb); 2. ki sangat melukai hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ging] | داݢيڠ

Definisi : 1 isi badan di antara kulit dgn tulang: ~ lembu ada dijual di pasar. 2 isi buah (spt buah mempelam, durian) yg lembut. ~ batang pinang daging lembu, kerbau dsb yg lembut dan kurang lemak drpd bahagian belakang dan sisi badan di antara tulang rusuk dgn tulang paha. berdaging 1 mempunyai daging. 2 gemuk; berisi. mendaging 1 menjadi tebal isinya (bkn buah-buahan): Isi durian itu sudah mula ~. ~ ayam sudah tebal dan penuh isinya (bkn durian) dan sudah cukup masak. 2 mula sembuh (luka dll): Lukanya belum ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata daging

Puisi
 

Daging ada berbatang tiga,
     Orang berjemur di batang padi;
Saya hendak kasih bertiga,
     Rasa kiamat di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(25)
Peribahasa

Lemak penyelar daging.

Bermaksud :

Memboroskan harta benda tuannya. penyelar = penggoreng.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dagin buah nyoq[dA.gin bu.wAh øâÖ] daging yang membulat di bahagian tengah paha seperti buah nyiur.Kalu tak mau lemak-lemak, kita buleh makan dagin buah nyok, dia dagin saja.[kA.lu tA/ mAu l«.mA/.l«.mA/ ki.tA bu.leh mA.kAn dA.gin bu.wAh øâÖ di.jA dA.gin sA.dZA]Kalau tidak mahu makan lemak, kita boleh makan daging buah nyiur kerana ia daging pejal.
cedong[tS«.dN] [tS«.doN]kata adjektifkeras dan liat.Daging ayam tua tu keraeh cedong pasai depa masak tak cukop lama.[dA.gin A.jAm tu.wA tu k«.ÒAEh tS«.dN pA.sAj dE.pA mA.sA/ tA/ tSu.kop lA.mA]Daging ayam tua itu keras dan liat kerana mereka memasaknya tidak lama.
rendang tok[Ò«n.dAN to/]kata namasejenis rendang daging.   
poi[poj]kata adjektifempuk, gembur, gebu.Dagin tu poi sunggoh, tok hak tak dak gigi pon buleh makan.[dA.gin tu poj suN.goh to/ hA/ tA/ dA/ gi.gi pon bu.leh mA.kAn]Daging itu sungguh empuk, nenek yang tiada bergigi pun boleh memamahnya.

Kembali ke atas