ayaq | [A.jAâÖ] | kata adjektif | had atau tempoh masa dalam sesuatu pusingan perlagaan ayam, ikan belaga, kadarnya lebih kurang lima belas minit. Caranya dengan meletakkan tempurung yang ada satu lubang kecil di atas air di dalam sesuatu bekas. Air akan masuk ke dalam tempurung itu sed | Belaga kali ni takat empat ayaq cukopla, ayam aku mudah leteh. | [b«.lA.gA kA.li ni tA.kAt «m.pAt A.jAâÖ tSu.kop.lA A.jAm A.ku mu.dAh l«.teh] | Tempoh bagi perlagaan ayam kita kali ini cukup setakat empat air sahaja kerana ayam aku mudah letih. |
cerok II | [tS«.Ò/] | kata kerja | menggagau ikan di dalam sawah atau sungai. | Lepaeh balek sekolah, budak-budak tu pi paret, depa pakat cerok ikan. | [l«.pAeh bA.le/ s«.k.lAh bu.dA/.bu.dA/ tu pi pA.Òet dE.pA pA.kAt tS«.Ò/ i.kAn] | Selepas pulang dari sekolah, kanak-kanak itu pergi ke parit untuk menggagau ikan. |
yoi | [joj] | kata nama | tanah berlumpur yang diliputi rumput-rampai dan tumbuhan kecil dan berair, biasanya ada ikan darat, berselut, amat gambut dan lembut (selalunya di dalam sawah dan lain-lain). | Banyak ikan puyu dengan ruan menyorok kat yoi tu. | [bA.øA/ i.kAn pu.ju d«.NAn Òu.wAn m«.ø.Ò/ kAt joj tu] | Banyak ikan puyu dan haruan yang bersembunyi di dalam lumpur itu. |
cekot | [tSE.kt] | kata nama | sejenis tumbuhan (seperti pokok manggis ) yang tumbuh di dalam hutan, kayunya baik untuk dibuat alu kerana berat dan tumpat. | | | |
kelemoq | [k«.l«.m)Ö] | kata nama | kekotoran seperti habuk, serdak dan lain-lain di dalam air, keladak. | Ayaq telaga banyak kelemoq, ayaq sulin tak dak kelemoq. | [A.jA)Ö t«.lA.gA bA.øA/ k«.l«.m)Ö A.jA)Ö su.lin tA/ dA/ k«.l«.m)Ö] | Air telaga banyak keladak, tetapi air sulingan tidak mengandungi keladak. |
kelepek | [k«.lE.pE/] | kata nama | sejenis serangga yang kecil daripada lipas, (biasanya terdapat di dalam tanah gembur di bawah rumah). | | | |
bakoi lau | [bA.koj lAw] | | sejenis bakul buluh untuk mengisi padi. | Depa simpan padi dalam bakoi lau. | [dE.pA sim.pAn pA.di dA.lAm bA.koj lAw] | Mereka menyimpan padi di dalam bakul lau. |
jerap II | [dZ«.ÒAp] | kata kerja | menyerap, meresap atau telus (air dan lain-lain). | Ayaq dalam buyong tu jerap keluaq. | [A.jA)Ö dA.lAm bu.joN tu dZ«.ÒAp k«.lu.wA)Ö] | Air di dalam buyung itu menyerap keluar. |
biru | [bi.Òu] | kata nama | sejenis almari pakaian yang ada cermin muka. | Kaen baju dalam biru habeh kena gerit tikuih. | [kAen bA.dZu dA.lAm bi.Òu hA.beh k«.nA g«.Òit ti.kuih] | Pakaian di dalam almari itu habis digigit tikus. |
gremit | [gÒ«.mit] | kata nama | 1. pengasah pensel (daripada malau dengan bilah matanya di dalam lubang untuk memutarkan pensel), korek pensel. | Dia asah pensel dengan gremit. | [di.jA A.sAh pen.sel d«.NAn gÒ«.mit] | Dia menajamkan pensel dengan menggunakan pengasah pensel. |