Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.pur] | داڤور

Definisi : 1. bahagian rumah tempat memasak; 2. alat utk memasak (nasi, gulai, dll), tempat membakar (roti, kapur, dll); belanja ~ perbe­lanjaan utk keperluan makanan sehari-hari; orang ~ bp isteri atau orang perempuan yg menguruskan penyediaan makanan sehari-hari; orang se~ seisi rumah (kaum keluarga); ~ arang dapur yg menggunakan arang sbg bahan pembakar; ~ basah dapur tempat me­lakukan kerja masak-memasak yg biasanya banyak menggunakan air; ~ elektrik = ~ karan dapur yg menggunakan kuasa elektrik; ~ gas dapur yg menggunakan gas sbg bahan bakar; ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan pembakar; ~ kering dapur yg hanya digunakan utk menyediakan makanan ringan atau meng­hidangkan makanan (biasanya berkeadaan kering); ~ minyak tanah dapur yg meng­guna­kan minyak tanah sbg bahan pembakar; ~ umum dapur tempat menyediakan makanan utk orang ramai (dlm keadaan darurat dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.pur] | داڤور

Definisi : 1 bahagian rumah tempat memasak: ~nya kecil, tetapi bersih. 2 alat tempat memasak (nasi dll): Emaknya menggunakan ~ gas sekarang. 3 tempat membakar sesuatu (spt kapur, roti). ~ basah dapur tempat melakukan kerja. ~ elektrik dapur yg menggunakan tenaga elektrik. ~ gas dapur yg menggunakan gas utk memasak. ~ kayu dapur yg menggunakan kayu sbg bahan utk dibakar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapur

Puisi
 

Betul bodoh orang di dapur,
     Keris pesaka potongkan sayur;
Sungguh songket bunga bertabur,
     Kerap tercampak di balik dapur.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Merantau di sudut dapur.

Bermaksud :

Pergi mencari penghidupan ke tempat yang tak berapa jauh. (Biasa juga: Merantau ke balik dapur).

 

Lihat selanjutnya...(11)

62

Blow your own trumpet

Membangga-banggakan kejayaan, kelebihan diri dan sebagainya atau memuji-muji diri sendiri.

Mengepit daun kunyit

"I don't want to blow your own trumpet, but I can cook better than that celebrity chef," said the kitchen helper.

"Aku tak mahulah mengepit daun kunyit, tetapi aku lebih pandai memasak daripada jurumasak terkenal itu," kata pembantu dapur tersebut.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
gedohoq[g«.dâ.hâÖ]kata namadapur yang dibuat dengan cara mengorek lubang di tanah.Bila nak masak dodoi, lebeh baek guna gedohoq.[bi.lA nA/ mA.sA/ d.dj l«.beh bAe/ gu.nA g«.dâ.hâÖ]Apabila hendak mengacau dodol, lebih baik menggunakan dapur gedohoq.
acaq[A.tSAâÖ]kata namatakungan air kotor, biasanya di luar rumah sebelah dapur, limbahan.Bau acaq tepi rumah tu busuk.[bAw A.tSAâÖ t«.pi Òu.mAh tu bu.su/]Bau limbahan di tepi rumah itu busuk.
jemoran[dZ«.mo.ÒAn]kata namabahagian rumah yang dibina untuk menyambung rumah ibu dengan rumah dapur tanpa bumbung, (sebagai tempat untuk suri rumah membuat kerja-kerja rumah).Bini hang dok besiang ikan apa ataeh jemoran tu?[bi.ni hAN do/ b«.si.jAN i.kAn A.pA A.tAEh dZ«.mo.ÒAn tu]Ikan apakah yang disiang oleh isteri awak di atas jemuran itu?
kecong[kE.tSoN]kata namasejenis bakul tanpa bingkai yang dianyam daripada mengkuang (biasanya digunakan untuk menyimpan barang-barang dapur).Beraeh hak dah tampi dia buboh kat kecong.[b«.ÒAEh hA/ dAh tAm.pi di.jA bu.boh kAt kE.tSoN]Beras yang sudah bertampi itu dimasukkan ke dalam kecung.
bedehau[b«.d«.hAâw]kata adjektifberkenaan nyamuk, agas dan lain-lain yang berterbangan dengan banyak.Nyamok bedehau bawah dapoq.[øA.mo/ b«.d«.hAâw bA.wAh dA.pâÖ]Nyamuk banyak berterbangan di bawah dapur.
rongop[ҍ.Np]kata namaroboh atau ranap sebahagiannya (tentang bangunan atau binaan).Dapoq rumah Mak Jah rongop kena ribot malam kemaren.[dA.p)Ö Òu.mAh mA/ dZAh ҍ.Np k«.nA Òi.bot mA.lAm k«.mA.Òen]Bahagian dapur rumah Mak Jah roboh dipukul ribut malam semalam.
melebek[m«.lE.bE/]kata adjektifberkenaan hujung lipatan lengan baju dan lain-lainyang terkelipat, terkelebek.Tok wan dok pebetoi mata pisau hak melebek kat dapoq.[to/ wAn do/ p«.b«.toj mA.tA pi.sAw hA/ m«.lE.bE/ kAt dA.p)Ö]Datuk sedang membaiki mata pisau yang terkelipat itu di dapur.

Kembali ke atas