Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.ra] | دارا

Definisi : 1. tidak pernah (masih belum) me­lakukan persetubuhan dgn lelaki, gadis, perawan; anak ~ a) perempuan yg sudah baligh tetapi belum berkahwin, gadis, perawan; b) Mn pengantin perempuan; anak ~ sedang gadis yg sudah hampir mencapai umur boleh berkahwin; anak ~ sunti gadis yg baru baligh (antara 9–13 tahun) tetapi terlalu muda utk berkahwin; anak ~ sunting gadis yg sudah layak bersuami; (sudah) hilang ~nya = sudah tidak ada ~ lagi sudah disetubuhi lelaki, tidak gadis (perawan) lagi; 2. sudah tiba (cukup) waktunya utk bertelur (beranak, berbuah, dsb): ayam ~; nyiur ~; bagai anak ~ mabuk andam prb lemah dan lesu tetapi tidak berpenyakit; bagai anak ~ sudah berlaki prb gadis tidak pemalu, pemalas lagi pengotor; kedaraan keadaan masih dara atau gadis, kegadisan, keperawanan; perdaraan 1. sl gadis-gadis dlm istana; 2. perihal masih gadis, kedaraan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : ; burung ~ burung merpati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[da.ra] | دارا

Definisi : gadis; perawan. anak ~ gadis yg belum berkahwin dan masih suci. hilang ~ sudah bukan gadis lagi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dara

Puisi
 

Anak dara mengandam dahi,
     Rambut ditanam di tepi telaga;
Anjing biasa makan tahi,
     Kalau tak makan cium juga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Bagai anak dara mabuk andam.

Bermaksud :

Lemah dan lesu tanpa penyakit. andam = anak rambut di dahi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
selerak tarak[s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/] bertaburan dan tidak kemas, tidak tersusun; selerak bak.Mak depa dok beletiaq pasai bilek anak dara tu beselerak tarak[mA/ dE.pA do/ be.lE.ti.jA)Ö pA.sAj bi.le/ A.nA/ dA.ÒA tu b«.s«.lE.ÒA/ tA.ÒA/]Mak mereka sedang berleter kerana bilik anak dara tidak kemas.
cega[tSE.gA]kata adjektiftakut dan khuatir, curiga.Anak dara tu cega dah nak jalan sorang-sorang waktu malam, pasai dia prenah kena ganggu.[A.nA/ dA.ÒA tu tSE.gA dAh nA/ dZA.lAn s.ÒAN.s.ÒAN wA/.tu mA.lAm pA.sAj di.jA pÒ«.nAh k«.nA gAN.gu]Anak gadis itu merasa takut berjalan seorang diri pada waktu malam, kerana dia pernah diganggu.
pegu[p«.gu]kata kerjapadankan, pertemukan, adukan, cantum.Depa pegu anak dara Tok Imam dengan anak terona Tok Siak, lawan berzanji.[dE.pA p«.gu A.nA/ dA.ÒA to/ i.mAm d«.NAn A.nA/ t«.ҍ.nA to/ si.jA/ lA.wAn b«Ò.zAn.dZi]Mereka adukan anak gadis Tuan Imam dengan anak teruna Tok Siak bertanding berzanji.
   2. meluat dan benci kerana tidak berkenan dengan kelakuannya.Aku melugai tengok perangai anak dara hak tak senonoh tu.[A.ku m«.lu.gAj tE.N/ p«.ÒA.NAj A.nA/ dA.ÒA hA/ tA/ s«.no.noh tu]Aku meluat melihat tingkah laku anak gadis yang tidak senonoh itu.
caeh[tSAeh]kata adjektifberkenaan perempuan yang galak, cedas, keletah, merenyam, gatal, miang.Anak dara tu nampak caeh sangat, tegoq jantan tu tegoq jantan ni.[A.nA/ dA.ÒA tu nAm.pA/ tSAeh sA.NAt t«.gâÖ dZAn.tAn tu t«.gâÖ dZAn.tAn ni]Anak gadis itu nampaknya miang sangat suka menegur lelaki.
hijau-merengau[hi.dZAw m«.Ò«.NAw]kata adjektifhijau yang terlalu terang (hijau tua).Baju anak dara tu hijau merengau.[bA.dZu A.nA/ dA.ÒA tu hi.dZAw m«.Ò«.NAw]Baju anak gadis itu sangat hijau warnanya.
cedaeh[tS«.dAEh]kata adjektif1. berkenaan perempuan yang aktif dan keletah tetapi agak keterlaluan, cerdas, keletah.Anak dara tu memang tak malu, dia cedaeh tak kera depan orang tua.[A.nA/ dA.ÒA tu mE.mAN tA/ mA.lu di.jA tS«.dAEh tA/ kE.ÒA d«.pAn .ÒAN tu.wA]Gadis yang tidak pemalu itu begitu keletah walaupun di hadapan orang tua.

Kembali ke atas