Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[da.tang] | داتڠ

Definisi : 1 sampai (tiba) di sesuatu tempat: Ia ~ ke rumah saya pd pukul empat petang. 2 berasal (dr): Dia ~ dr Sabah. 3 akan tiba; kemudian: Emaknya hendak pergi ke Mekah pd tahun yg akan ~. 4 bergerak menghampiri (menemui) seseorang atau sesuatu tempat: Setibanya di situ, dia terus ~ ke tempat kami. 5 muncul; timbul: Setelah lama berfikir, ~ satu ilham di kepalanya. 6 diwahyukan (diturunkan): Syariat Allah yg ~ sebelum Islam, diturunkan utk kaum, masa dan keadaan tertentu. ~ akal mendapat akal atau ilham. ~ bulan (haid) turun atau keluar darah haid (bagi perempuan). ~ hati sampai hati; tergamak. datang-datang 1 setibanya; apabila datang: ~ ke rumah, dia bersungut. 2 kerap (sering) datang: Apabila ada masa lapang, ~lah ke rumah saya. berdatang; ~ sembah berkata-kata dgn raja (orang besar-besar) dgn bahasa halus: Aji Saka ~ sembah, mengingatkan baginda akan janjinya hendak menganugerahi dia sekeping tanah. mendatang 1 timbul (datang) dgn tiba-tiba: Pd msa itu, satu fikiran yg baik ~. 2 datang dr tempat lain: kaum yg ~. mendatangi 1 menziarahi: Sejak ia pulang dr Mekah, banyak sungguh orang yg ~ rumahnya. 2 datang utk memeriksa (menyerang, menangkap dsb): Petang semalam, polis telah ~ rumahnya. 3 menimpa (bkn bala, sakit dll); terkena: Ayahnya didatangi penyakit jantung. mendatangkan 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. kedatangan 1 perihal datang; ketibaan: ~ Menteri Besar ke kampung itu telah disambut dgn meriah. 2 ditimpa (kemalangan, sakit dll); diserang; didatangi. pendatang orang yg mendatang (tidak asli): ~ haram (tanpa izin) orang asing yg memasuki sesebuah negara tanpa kebenaran drpd (pihak) kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata datang

Puisi
 

Bukan kacang sebarang kacang,
     Kacang melilit di ranting kayu;
Bukan datang sebarang datang,
     Datang menyambut pengantin baru.


Lihat selanjutnya...(276)
Peribahasa

Datang tak berjemput,
     pulang tak berhantar.

Bermaksud :

Tetamu yang tidak penting.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. datang atau pergi dengan cepat, segera, tergesa-gesa (kiasan), rempuh, langgar.Lepaeh depa dengaq kata mak depa mati, depa langgah pi sampai lupa bawak apa satu.[l«.pAEh d«.pA d«.NA)Ö kA.tA mA/ dE.pA mA.ti dE.pA lAN.gAh pi sAm.pAj lu.pA bA.wA/ A.pA sA.tu]Selepas mendengar kematian emak mereka, mereka bergegas pergi sehingga terlupa membawa apa-apa pun.
coeh[tSâEâh]kata kerjamuncul, timbul, datang dengan tiba-tiba.Tengah kami dok makan, coeh dia mai.[t«.NAh kA.mi do/ mA.kAn tSâEâh di.jA mAj]Ketika kami makan, dia muncul dengan tiba-tiba.
awat[A.wAt]kata tugasmengapa, apa pasal.Awat hang tak mai semalam?[A.wAt hAN tA/ mAj s«.mA.lAm]Mengapa engkau tidak datang semalam?
seluloi[s«.lu.loj]kata kerjaselalu, kerap, sentiasa.Seluloi dia mai rumah aku.[s«.lu.loj di.jA mAj Òu.mAh A.ku]Dia selalu datang ke rumahku.
dia apa[di.jA A.pA] mereka, mereka semua; depa.Awat dia apa tak mai?[A.wAt di.jA A.pA tA/ mAj]Mengapa mereka tak datang.
dok I[do/]kata kerja1. duduk.Dok la tang tu, sat ni dia mai.[do/ lA tAN tu sAt ni di.jA mAj]Duduklah di situ, sebentar lagi dia datang.
dahdah[dAh.dAh]kata tugasbersedia, dahulu, sudah siap, selesai.Siapla dahdah sebelom depa mai.[si.jAp.lA dAh.dAh s«.b«.lom dE.pA mAj]Bersiaplah dahulu sebelum mereka datang.
cikadak[tSi.kA.dA/]kata namaakal, kerenah, helah.Jangan banyak cikadak, lekaeh la mai.[dZA.NAn bA.øA/ tSi.kA.dA/ l«.kAeh lA mAj]Jangan banyak akal, segeralah datang.
seturi[s«.tu.Òi]kata adjektifsuatu hari, dulu, dahulu, masa lalu.Seturi tu ada la dia mai.[s«.tu.Òi tu A.dA lA di.jA mAj]Satu masa dahulu dia pernah datang ke sini.
bejeram[b«.dZ«.ÒAm]kata adjektifbanyak atau ramai (berduyun).Orang mai bejeram kat padang pasai ada pesta.[.ÒAN mAj b«.dZ«.ÒAm kAt pA.dAN pA.sAj A.dA pEs.tA]Orang datang berduyun-duyun ke padang kerana ada pesta.
123

Kembali ke atas