Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[de.da/] | ددق

Definisi : kulit padi yg menjadi serbuk ketika padi ditumbuk;bagai padi hendakkan ~, bagai laki hen­dakkan kendak prb orang yg suka menolak pem­berian yg baik dan lebih suka membuat pe­kerjaan buruk; minta ~ kpd orang me­ngubik prb minta bantuan pd orang yg tidak mampu menolong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : ; berdedak, mendedak bersesak-se­sak, berapat-rapat (bkn perahu dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : ; berdedak menaruh perasaan den­dam atau sakit hati, berdendam: memang sudah lama hati saya ~ melihat lagak lakumu dlm negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[de.da/] | ددق

Definisi : 1 kulit padi yg menjadi serbuk semasa ditumbuk. 2 serbuk halus drpd kulit padi (yg dimesin) sbg bahan makanan ayam, itik dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dedak

Puisi
 

Kalau dedak katakan dedak,
     Jangan saya tertampi-tampi;
Kalau hendak katakan hendak,
     Jangan saya ternanti-nanti.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Tidak terindang dedak,
     berbiak lagi.

Bermaksud :

Tidak berdaya lagi, sudah lemah benar. berbiak = basah.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dedak-sredak[d«.dA/.sÒ«.dA/]kata adjektifsaki-baki, sisa.Nak makan nasik malam ni, laok dedak-sredak pon tak dak.[nA/ mA.kAn nA.si/ mA.lAm ni lA.wo/ d«.dA/.sÒ«.dA/ pon tA/ dA/]Tidak ada saki-baki lauk pun untuk dimakan bersama-sama dengan nasi malam ini.
peroi[p«.Òoj]kata kerjamenabur sesuatu.Dia peroi dedak nak bagi makan ikan kat kolam tu.[di.jA p«.Òoj d«.dA/ nA/ bA.gi mA.kAn i.kAn kAt k.lAm tu]Dia menabur dedak sebagai makanan bagi ikan dalam kolam itu.

Kembali ke atas